Undi belah bahagi : Pembangkang ditewaskan oleh pembangkang sendiri

Setiausa Agung BN Annuar Musa memanjatkan syukur atas kelulusan Belanjawan 2021 menerusi undian suara di Dewan Rakyat tadi.

“Alhamdulillah bajet Membela rakyat lulus dengan lebihan suara pada bacaan kedua sebentar tadi.

“Percubaan pembangkang meminta undi belah bagi ditewaskan oleh pembangkang sendiri apabila mereka yang berdiri memohon undi sedemikian tidak mencukupi 15 orang seperti disyaratkan.

“Tahniah semua ahli parlimen,” ciap Annuar di Twitter.

Cubaan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang mahu pengundian dibuat secara belah bahagi tidak kesampaian apabila cadangan itu gagal mendapat sokongan sekurang-kurangnya 15 ahli parlimen.

Mereka yang dilihat bangun untuk meminta undi belah bahagi adalah seperti berikut : –

1. Mahathir Mohamad (Langkawi)
2. Mukhriz Mahathir (Jerlun)
3. Mahfuz Omar (Pokok Sena)
4. Khalid Samad (Shah Alam)
5. Hanipa Maidin (Sepang)
6. Mat Sabu (Kota Raja)
7. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar)
8. Hatta Ramli (Lumut)
9. Anuar Tahir (Temerloh)
10. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)
11. Hasanuddin Yunus (Hulu Langat)
12. Hasan Bahrom (Tampin)
13. Salahuddin Ayub (Pulai)

Ternyata cubaan mereka gagal kerana undi belah bahagi memerlukan sekurang-kurangnya dicadangkan oleh 15 ahli dewan rakyat.

Terkedu 13 ahli dewan rakyat yang bangun melihat rakan-rakan mereka sendiri enggan bangun menyokong mereka.

Belanjawan 2021 DiLuluskan, Kemenangan Buat Rakyat!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker