Mahathir ketuai senarai 13 Ahli Parlimen mahu undi belah bahagi dalam Belanjawan 2021

Kenapa perlu undi belah bahagi dan tidak terus menyokong belanjawan 2021 untuk kelulusan? Apakah tujuannya?

Berikut adalah Senarai 13 Ahli Parlimen mahu undi belah bahagi Belanjawan 2021 untuk dikenang oleh rakyat khususnya buat pada pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang.

1. Dr Mahathir Mohamad (Pejuang-Langkawi)



2. Mahfuz Omar (Amanah-Pokok Sena)

3. Dr Hatta Ramli (Amanah-Lumut)

4. Hasanuddin Mohd Yunus (Amanah-Hulu Langat)

5. Dzulkefly Ahmad (Amanah-Kuala Selangor)



6. Hanipa Maidin (Amanah-Sepang)

7. Khalid Abdul Samad (Amanah-Shah Alam)

8. Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jerlun)

9. Amiruddin Hamzah (Pejuang-Kubang Pasu)



10. Shahruddin Md salleh (Pejuang-Sri Gading)

11. Hassan Karim (PKR-Pasir Gudang)

12. Baru Bian (PSB-Selangau)

13. Mordi Bimol (DAP-Mas Gading)



Tanpa pengudian belah bahagi, Dewan Rakyat kemudian meluluskan RUU itu diluluskan di peringkat dasar menerusi undi suara.

Ada kemungkinan undi belah bahagi diadakan untuk tahap seterusnya iaitu peringkat jawatankuasa, di mana ahli Parlimen berpeluang meneliti peruntukan untuk setiap kementerian.

Beberapa ahli Parlimen PKR dan DAP memberitahu Malaysiakini bahawa kepimpinan parti telah mengarahkan mereka untuk tidak meminta undi belah bahagi.

Bagaimanapun kebanyakan ahli Parlimen Amanah seperti tidak mendapat mesej itu. Pada masa sama presidennya Mohamad Sabu, yang jua ahli Parlimen Kota Raja, tidak menyokong permintaan Mahfuz itu, yang merupakan anggota Amanah.



Tindakan Mohamad itu membayangkan langkah tidak meminta undi belah bahagi adalah keputusan PH. Dia juga dilihat bersama-sama pemimpin tinggi PH lain di sidang media selepas sidang.

Mordi Bimol (DAP-Mas Gading) memberitahu Malaysiakini yang dia menyokong Mahfuz kerana tidak menerima arahan kepimpinan parti sebelum undian dibuat.

“Saya tidak gembira dengan bahagian tertentu dalam RUU itu,” katanya.

Anehnya, mesej untuk tidak meminta undi belah bahagi nampaknya turut sampai kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) dan Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) yang tidak menyokong undi belah bahagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker