“Saya Akui Kebodohan Saya” – Lelaki Mengaku Dibayar Oleh Kawan Untuk Tweet Puji Zuraida

Baru-baru ini tweet daripada seorang lelaki yang mempunyai lebih 103,000 followers mendapat perhatian ramai netizen namun ianya difahamkan telah pun dipadam.

Tapi, netizen kan laju buat kerja? Beberapa netizen sempat screenshot tweet lelaki tersebut dan isu itu menjadi viral sehinggakan lelaki yang dikenali itu tampil membuat penjelasan.

Lelaki itu telah memuat naik satu tweet positif dan baik tentang Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang,Puan Hajah Zuraida Kamaruddin.

Sebelum tweet itu dipadam, ianya mendapat respon segelintir netizen yang turut memuji ahli parlimen itu kerana rendah diri dan mesra. Namun, ramai turut mengkritik lelaki tersebut dan turut kurang percaya serta persoal sama ada betul atau tidak dia betul-betul terserempak dengan Zuraida.

Beberapa netizen turut screenshot dan berkata lelaki itu hipokrit kerana sebelum ini rupa-rupanya dia pernah tweet tentang Zuraida secara negatif. Bila dia delete tweet pujian itu, lagi ramailah netizen rasa tertanya-tanya serta memberi komen sarkrstik dengan mengaitkan lelaki tersebut dengan JASA.

 

Disebabkan kritikan dan kecaman yang diterimanya, lelaki itu tampil memohon maaf serta memberikan penjelasan (juga telah dipadam) tentang situasi berkenaan.

Katanya dia dibayar oleh seorang rakan untuk memuat naik tweet tersebut memandangkan dia memang ada buat servis tweet berbayar.

Apa yang pada mulanya saya fikir sebagai pertolongan kepada kawan untuk membuat perkongsian itu kerana diminta berbuat demikian rupanya telah mendatangkan marah dari orang ramai. Saya akui keb0dohan saya dan maafkan saya sebab tak fikir panjang.”

Bagaimanapun, netizen mengkriitik juga tindakan lelaki itu yang memadam permohonan maaf serta penjelasan tersebut secepat mungkin selepas ia dimuat naik.

Korang rasa okay ke paid tweets dibuat untuk promote kerajaan?

Sumber : Lobak Merah

Kredit: MediaViral

Najib gesa semua bertenang selepas tweet Dr M

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker