Datuk Alif Satar Turut Positif Covid-19

Kuala Lumpur: Datuk kepada penyanyi Alif Satar yang kini berusia 91 tahun turut disahkan positif Covid-19, Sabtu lalu.

Alif menerusi hantaran di Instagram berkongsi, datuknya, Mohamad Che Noh kini dirawat di Hospital Sungai Buloh. Turut dirawat di sana ialah ibu, bapa dan adik bongsu Alif yang juga dijangkiti Covid-19.

ALIF minta tolong semua doakan kesihatan datuknya terus kuat.

“Pakwan (datuk) saya, 91 tahun juga pesakit Covid-19. Saya minta tolong semua untuk doakan agar Pakwan saya terus kuat dan dikurniakan kesihatan seperti biasa. Semoga Allah merahmati kalian semua.

Ibu, ayah Alif Satar juga disahkan positif COVID-19 – Pengurus

“Terima kasih warga barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh kerana menjaga keluarga saya dan semua pesakit Covid-19. Anda semua sudah jalankan tugas dengan baik,” katanya.

Sementara itu, isteri Alif, Sha Dila Hadid ketika dihubungi berkata, datuk Alif tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.

“Pakwan pun disahkan positif pada Sabtu lalu. Dia tidak ada apa-apa sakit kronik, cuma jalan saja kena pimpin atau pakai tongkat. Mungkin Pakwan terkena jangkitan sebab semua bergilir-gilir menjaga dia. Kasihan juga apabila dia kena,” katanya.-HM

Isteri, Anak-Anak Alif Satar Negatif Covid-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker