Hamzah: Individu terbabit kes abu Chin Peng tidak akan didakwa

Kerajaan memutuskan untuk tidak mendakwa individu berkaitan kes kontroversi kepulangan abu bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke Malaysia yang ditabur ke laut dan gunung di Perak.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin berkata kes itu diklasifikasikan sebagai ‘tidak ada tindakan selanjutnya’ (NFA) kerana kekurangan keterangan.

“Sehingga kini terdapat sebanyak 11 repot polis dibuat berkaitan isu abu mayat Chin Peng yang dibawa pulang ke Malaysia.

“Pihak polis telah melakukan siasatan di bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, seksyen 505(c) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada 4 Jun 2020 dan keputusannya ialah NFA (No Further Action) kerana keterangan/ elemen yang tidak mencukupi,” katanya.

Hamzah menjawab soalan lisan MP Baling Abdul Azeez Rahim pada 9 Nov di parlimen yang bertanya mengenai status siasatan kes berkenaan.

“Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat perkembangan terbaru berkaitan kes ini.

“Kerajaan akan melihat semula kes ini untuk tindakan selanjutnya dan rujuk kembali ke Jabatan Peguam Negara,” jelas menteri dalam negeri.

Mendiang bekas setiausaha agung PKM, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia di Thailand pada 16 September 2013 dalam usia 89 tahun.

Dia telah memohon supaya mahkamah membenarkan dia pulang tetapi Mahkamah Persekutuan pada 30 April 2009 menolak permintaan itu.

Kalau anda terlepas…

Penganalisis: Tiada keperluan gabungan besar politik
Pada 26 Nov 2019, Malaysiakini melaporkan abu Chin Peng dibawa pulang dari Thailand pada 16 September 2019, enam tahun selepas kematiannya. Abu Chin Peng ditabur di laut berdekatan Lumut dan hutan di banjaran Titiwangsa dua bulan kemudian.

Keesokan hari, polis dilaporkan berkata akan menyiasat bagaimana dan bila abu tersebut dibawa pulang.

Polis telah merakam kenyataan daripada pengadu, seorang editor Malaysiakini, seorang wartawan, orang yang membawa abu berkenaa dan juga individu yang terlibat dalam upacara tersebut di Perak.

Hamzah berkata Kementerian Dalam Negeri melalui penguatkuasaan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba mencetuskan kekacauan dan membuat sebarang bentuk provokasi melalui penulisan, ucapan atau penyebaran berita.

Katanya, polis akan menangkap dan mendakwa sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada. Mk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker