Rugi bersih AirAsia melonjak kepada RM851.78 juta

KUALA LUMPUR: Kerugian bersih AirAsia Group Bhd meningkat kepada RM851.78 juta dalam suku ketiga berakhir 30 September 2020, daripada RM51.44 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun lalu.

Pendapatan kumpulan juga merosot 86 peratus kepada RM442.91 juta pada suku dikaji berbanding RM3z.07 bilion sebelumnya apabila pandemik COVID-19 terus menjejaskan permintaan penerbangan, kata kumpulan syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

AirAsia Group berkata, ia akan terus melaksanakan langkah mengekang kos termasuk mengurangkan tenaga kerja dan memotong gaji pengurusan, kakitangan dan pengarah.

Usaha untuk mengekalkan tunai, termasuk rundingan bagi penstrukturan semula pembayaran dengan pemajak, pembekal dan rakan kongsi, serta penyusunan semula kedudukan lindung nilai bahan api juga telah diambil di samping menguruskan kapasiti agar selari dengan permintaan, kata syarikat itu

AirAsia catat kerugian RM803.85 juta pada suku pertama 2020

Sementara itu, Presiden Kumpulan AirAsia (Syarikat Penerbangan), Bo Lingam dalam satu kenyataan berasingan berkata, kumpulan itu berjaya mengurangkan kos tetap sebanyak 50 peratus pada suku ketiga 2020 dengan kos penyenggaraan tetap mencatatkan penurunan ketara sebanyak 68 peratus berikutan langkah mengoptimumkan aset.

Beliau berkata, kos kakitangan turun sebanyak 51 peratus berikutan rasionalisasi jumlah pekerja dan pemotongan gaji manakala perbelanjaan operasi lain turun 40 peratus dengan kawalan kos ketat bagi perbelanjaan pemasaran, sewa dan teknologi maklumat.

“Keutamaan kami pada masa ini adalah untuk meningkatkan operasi secara beransur-ansur bermula dengan mengukuhkan kedudukan kami di dalam negara di semua pasaran utama kerana sempadan masih lagi ditutup.

“Bagi suku keempat, kami menjangka mengendalikan sehingga 31 peratus daripada kapasiti domestik praCOVID-19 bagi AirAsia Malaysia, 47 peratus bagi AirAsia Indonesia dan 13 peratus bagi AirAsia Philippines,” katanya.

Lingam menjangka AirAsia Thailand mengatasi kapasiti domestik pra COVID-19 pada akhir tahun manakala AirAsia India beroperasi sehingga 67 peratus.

Menurutnya, kumpulan itu sedang meneroka peluang operasi penerbangan tempatan di Indo China.

— Bernama

Warga asing tidak dibenar masuk Malaysia, kata Putrajaya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker