TUDM terbangkan dua bayi dapat rawatan di IJN

Sebaran :

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan penerbangan ihsan membawa dua bayi lelaki yang perlu menjalani pembedahan segera dan rawatan lanjut di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, dari Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.

TUDM dalam kenyataan, hari ini memaklumkan pesawat angkut A400M dari No 22 Skuadron, Pangkalan Udara Subang bersama dua bayi itu berlepas dari pangkalan Udara Kuching pada jam 6.30 petang dan tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 9 malam.

“Kedua-dua bayi berkenaan, Andreus Steve Hendru yang berusia sebulan dan Fadhli Arman Iman Hamizan, 2 bulan, sebelum ini dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah.



“Andreus Steve mengalami masalah jantung dan buah pinggang, manakala Fadhli Arman mengalami masalah jantung dan saluran kencing,” kata kenyataan itu.

Pesawat TUDM terbang rendah mulai esok

Menurut kenyataan itu, pesawat diterbangkan oleh Mejar Khairul Ikhmal Ishak dan dibantu pembantu juruterbang, Kapten Mohd Amir Shahrin bersama empat kru.

“Turut mengiringi bayi dalam penerbangan ini adalah seorang pegawai perubatan, seorang jururawat dan juga ibu kepada bayi masing-masing.



“Pada Selasa lalu, TUDM turut melaksanakan penerbangan ihsan membawa tiga bayi yang mengalami masalah jantung daripada Kuching, Sarawak ke Subang,” katanya.

Selain itu, pesawat terbabit turut membawa sampel ujian COVID-19 daripada Tawau, Kota Kinabalu dan Labuan, Sabah untuk diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan sebaik tiba di Pangkalan Udara Subang.


Sebaran :

Leave a Reply