Pensyarah ‘kantoi’ guna senapang tanpa lesen

Seorang pensyarah ditahan anggota Batalion 8, Pasukan Gerakan Am (PGA8) di Kampung Tasek Berangan, Repek, Pasir Mas, semalam, selepas melepaskan tembakan ke arah kawasan sawah padi.

Pegawai Pemerintah PGA8, Supritendan Muhammad Shamsuddin berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek berusia 40-an itu tidak mempunyai lesen dan permit senjata, manakala senapang terbabit dipercayai diseludup dari Thailand, melalui pangkalan haram.

Pada kejadian jam 3 petang itu katanya, anggota bertugas membuat rondaan sebelum terserempak sebuah Pajero Mitsubishi berwarna kelabu dalam keadaan mencurigakan berada di kawasan berhampiran sawah padi.

“Anggota kemudian melihat suspek turun daripada kenderaan berkenaan dengan menggalas senapang terbabit sebelum terus melepaskan tembakan ke arah sawah.

“Selepas itu, anggota terus menghampiri suspek dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum merampas senapang miliknya. Hasil pemeriksaan, senapang terbabit adalah jenis Pump Gun bertulis perkataan Escort buatan Turkey,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Muhammad berkata, pihaknya turut menemui dua butir peluru hidup pada senjata berkenaan dan pemeriksaan di dalam kereta menjumpai sembilan peluru jenis Sg 12 bore, lima peluru pellets dan 158 butir ball bearing.

Jelasnya suspek yang juga pensyarah kanan di sebuah institut pengajian tinggi itu ditahan, manakala kesemua barangam serta kenderaan dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 (Akta 206), Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 (Akta 37) dan Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjaya Berbahaya 1958 (Akya 357).

“Di kesempatan ini saya menasihatkan orang awam untuk memohon lesen atau permit bagi memiliki senjata api sejajar dengan undang-undang yang ditetapkan,” katanya sambil menegaskan PGA8 komited mengawal kawasan sempadan terutama dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bagi memastikan tiada jenayah rentas sempadan atau penularan Covid-19. Mk

Miliki 20 senapang patah, warga emas ditahan polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker