Teringin Bermalam Di Rumah Shah Rukh Khan & Gauri, Airbnb Ada Caranya

Agak-agak besar mana rumah Shah Rukh Khan dan isterinya Gauri di Delhi?

Kini peminat aktor bollywood dari seluruh dunia berpeluang bermalam di rumah pelakon hebat ini menerusi Airbnb.

Rumah Shah Rukh Khan dan isterinya Gauri di Delhi ini, akan berikan pengalaman bermalam yang bermakna buat peminat aktor kacak ini.

‘Home With Open Arms’ Beri Peluang Bermalam Di Rumah SRK Dan Gauri




Rumah pelakon legenda bersama isterinya Gauri yang terletak di Delhi ini akan berikan pengalaman bermakna buat pengunjung yang ingin bermalam di rumah ikon bollywood ini.

Rumah ini telah direka semula oleh isteri Shah Rukh Khan, Gauri dengan menampilkan perjalanan kerjaya Shah Rukh Khan dan juga Gauri menerusi rekaan dalaman kediaman mereka.

Rumah Penuh Kenangan Abadi

Meski Shah Rukh Khan dan Gauri kini tinggal di Mumbai, tetapi mereka berdua tidak pernah melupakan rumah mereka di Delhi ini.




Ianya sebuah rumah yang penuh dengan kenangan abadi dan memori keluarga mereka, boleh dikatakan segala tinggalan dan momento ditinggalkan di dalam rumah tersebut.

Dan kini rumah penuh memori ini dibuka untuk orang ramai terutama para peminat aktor bollywood ini, untuk bermalam dan menikmati rekaan dalaman yang mewah serta momento kenangan yang dimiliki kedua-dua individu ternama ini.

Bagi yang berhajat nak bercuti di Delhi pada tahun depan, dan nak lihat suasana dalaman rumah pelakon bollywood ini kamu boleh lihat di bawah.

Koleksi Momento



Ruang Tamu/Rehat

Ruang Makan

Koleksi Gambar Keluarga

Bilik Tidur



Tuah Khas Bagi Yang Tinggal Di India
Bagi yang tinggal di India, mereka berpeluang untuk menyertai kempen ‘Home With Open Arms’ yang dilancarkan oleh pasangan ini bersama Airbnb.

Penduduk di India berpeluang memenangi pengalaman bermalam pada 13 Februari 2021 tahun depan, dengan mengikuti jadual khas yang direka oleh Gauri dan juga bakal menikmati hidangan mewah dan menu kegemaran Shah Rukh Khan.

Banyak aktiviti menarik lain menanti pemenang, bukan itu saja pemenang bertuah juga akan mendapat hadiah yang direka sendiri oleh keluarga Shah Rukh Khan sebagai buah tangan untuk dibawa pulang selepas bermalam di sana.



Cara menyertai kempen:

Kempen bermula pada 18 November 2020 hingga 30 November 2020.

Nama pemenang akan diumumkan pada 15 Disember 2020.

Layari laman Airbnb untuk menyertai kempen ini di sini.



Mungkin pada tahun hadapan, kita semua berpeluang untuk menginap di rumah bintang bollywood ini selepas pandemik ini reda.

Seronoknya dapat bermalam di rumah mewah pelakon legenda ini, untung betul mereka yang tinggal di India sekarang ini dapat menikmati pengalaman awal bermalam di rumah besar ini. Wn

Airbnb saksi lonjakan perjalanan domestik di Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker