Menteri beri amaran kluster Green Hill di Sarawak super spreader

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dr Sim Kui Hian berkata, strain virus Covid-19 dikaitkan dengan kluster Green Hill di negeri itu dilihat mudah berjangkit.

Beliau berkata, mereka yang dijangkiti mula menunjukkan gejala pada hari ke-3 hingga ke-5 berbanding hari ke-10 ke atas seperti kes sebelum ini.

Sim, yang merupakan pakar kardiologi, berkata kajian makmal menunjukkan jumlah virus adalah tinggi.

“Jumlah virus lebih tinggi bermaksud ia lebih cepat dan mudah merebak. Jadi, ada ramai pesakit muda yang dijangkiti dari kluster itu, menunjukkan gejala pada hari ke-3 hingga ke-5.

“Kebanyakannya (kluster Green Hill) sudah menjalani ujian swab Covid-19 di hospital dan klinik swasta, bukannya menunggu petugas kesihatan kita datang kepada mereka.”

Beliau menasihatkan orang ramai menjalani ujian swab ke-2 jika keputusan pertama negatif.

“Jika ujian pertama negatif, itu tak bermakna anda belum dijangkiti kerana tempoh inkubasi virus adalah 14 hari.

“Dasar kerajaan Sarawak berbeza dengan Semenanjung Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, Douglas Uggah Embas berkata, tiada sekatan memasuki dan keluar dari Kuching buat masa ini, walaupun daerah itu dikategorikan zon merah.

Namun, beliau menasihatkan orang ramai tidak melawat Kuching, sekiranya tiada urusan penting.

Katanya, kluster Greenh Hill, yang melibatkan individu dan kontak rapat dalam dan sekitar Kuching, agak membimbangkan dan menggesa semua orang mengambil langkah berjaga-jaga serta mengelakkan tempat sesak.

Setakat ini, 21 kes positif membabitkan kluster itu, termasuk kes indeks – seorang peniaga dalam talian yang disahkan positif di hospital swasta pada 26 Okt lalu.

Jangan leka, kita belum menang..

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker