Rusia tunggu kelulusan WHO untuk Sputnik V

Moscow: Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) telah mengemukakan permohonan kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk Penyenaraian Penggunaan Kecemasan (EUL) dan prakelayakan vaksin Covid-19, Sputnik V, kata dana kekayaan Rusia itu semalam.

Rusia adalah negara pertama yang memberikan kelulusan untuk vaksin Covid-19, dan melakukannya sebelum percubaan berskala besar selesai, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan saintis dan doktor mengenai keselamatan dan keberkesanan penggunaannya.

EUL bertujuan menyediakan vaksin di seluruh dunia dengan lebih cepat, sementara prakelayakan WHO adalah label kualiti global yang memastikan vaksin selamat dan efektif.



Ketua Pegawai Eksekutif RDIF, Kirill Dmitriev berkata, prosedur itu membolehkan Sputnik V dimasukkan ke dalam senarai produk perubatan yang memenuhi standard kualiti, keselamatan dan keberkesanan terkemuka.

Calon TPM, Mohamad Hasan, Ismail Sabri atau Hishammuddin?

“Kami mengucapkan penghargaan kepada WHO atas kerjasama aktif yang dinyatakan dan menanti perkembangan vaksin ini sehingga ia selesai melalui semua proses utama,” katanya.



Livemint melaporkan, vaksin yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Gamaleya Moscow dan dipasarkan oleh RDIF itu berdasarkan platform vektor adenoviral manusia.

Sputnik V adalah vaksin Covid-19 pertama didaftarkan di dunia dan ketika ini sedang melalui fasa ketiga ujian klinikal di Rusia yang membabitkan 40,000 peserta.

Fasa ini turut dijalankan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu.

UMNO vs PPBM, Dari sisi pandang..



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker