Dua wanita terperangkap berjaya diselamatkan

Kota Kinabalu: Tindakan pantas bomba menyelamatkan dua wanita yang terperangkap dalam kebakaran di Blok A, Bangunan Karamunsing, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5.40 petang itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.43 petang.

Katanya, seramai 34 anggota bomba dari BBP Kota Kinabalu dan Lintas dikejarkan ke lokasi kebakaran.

“Pasukan dibahagi kepada dua sektor iaitu menyelamat dan memadam kebakaran. Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan dua wanita yang terperangkap di tingkat lima.

“Kedua-dua wanita yang bekerja di bangunan itu dibawa turun dan tidak cedera,” katanya.

Bayi terperangkap dalam kereta

Beliau berkata, bomba berjaya memadam kebakaran pada 7.30 malam dan siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai membabitkan longgokan kertas di tangga tingkat satu dan dua.

“Sistem pemasangan keselamatan kebakaran di bangunan berkenaan berfungsi dengan baik.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan operasi turut dibantu pasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu,” katanya.

Burung ‘beku’ di udara jadi tular

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker