Rakyat tolak darurat!

Share

Tinjauan badan penyelidikan kerajaan Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) menunjukkan majoriti besar menolak pengisytiharan darurat.

Tinjauan itu diberi nama Rakyat Malaysia Bersuara/ Malaysians Speak” dibuat secara elektronik menerusi medium sebaran WhatsApp, Twitter, Facebook, Emel, laman sesawang dan Telegram yang dihubungkan kepada Sistem E-Survei IDE.

“Tinjauan ini melibatkan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang bermula dari jam 4:00 petang hingga 12:00 tengah malam (8 jam) Sabtu, 24 Oktober 2020.

“Sehingga jam 12:00 tengah malam seramai 51,147 orang responden (unique respondent) telah menyertai pungutan pendapat ini,” kata IDE.

Mahathir dulu pun tak guna darurat lawan pembangkang – Mat Sabu

Menjawab soalan, “adakah anda bersetuju dengan pengisytiharan darurat,” hanya 11,560 responden (32.49 peratus) menjawab “ya” manakala seramai 39,587 responden (77.71 peratus) menjawab “tidak.”

“Respons tertinggi diperoleh antara jam 8:00 malam hingga 10:00 malam.

“Pihak IDE membuat ‘tracking’ pungutan ini setiap 30 minit bagi menyemak keabsahan kemasukan data,” kata badan pemikir itu.

Bagaimanapun, IDE tidak memperincikan kaedah tinjauannya itu.

Kabinet pada Jumaat bersetuju untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya mengisytiharkan “darurat”, dalam usaha memerangi Covid-19.

Ku Li gesa raja tolak cadangan ‘PM tidak sah’

Walau bagaimanapun, pengkritik berkata langkah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin itu bertujuan mengelakkan kerajaan Perikatan Nasional yang dilihat ‘rapuh’ itu daripada tewas dalam undi Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Raja-Raja Melayu hari ini, dijangka bagi membincangkan permintaan kabinet untuk mengisytiharkan “darurat”, yang dilaporkan akan mempermudah pertempuran melawan wabak Covid-19

Tinjauan IDE juga bertanyakan rakyat Malaysia “apakah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia,” dan memberikan tiga jawapan.

Seramai 16,617 responden (32.49 peratus) mengatakan pilihan terbaik Muhyiddin kekal sebagai perdana menteri manakala 25,469 responden (49.80 peratus) percaya langkah tepat adalah dengan melantik Presiden PRK Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan hanya 9,061 (17.71 peratus) yang berharap agar parlimen dibubarkan dan PRU15 diadakan.

Jangan pencilkan peranan Perlembagaan dalam tangani krisis Covid-19 – Tok Mat

“Berdasarkan analisis, IDE mendapati majoriti yang menyokong pengisytiharan darurat adalah mereka yang turut cenderung menyokong Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai perdana menteri.

“Namun begitu, mereka yang menolak darurat, lebih cenderung memilih Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri,” kata IDE lagi.

Dapatan pungutan pendapat ini dikeluaran kepada media oleh Pengarah Komunikasi PLR Fahmi Fadzil.

Sementara itu, lebih 20,000 orang telah menandatangani petisyen di change.org yang memohon Majlis Raja-Raja Melayu dan kerajaan Malaysia supaya tidak melaksanakan darurat dengan alasan bimbang kemungkinan akibat kerosakan psikologi dan ekonomi.

Kuasa PM, Kerajaan, Parlimen dan Mahkamah semasa darurat

One thought on “Rakyat tolak darurat!

  • October 25, 2020 at 12:04
    Permalink

    Siapa kata? Kalau mereka tanya DAP, PAN dan PKR memang mereka tak setuju walaupun semua rakyat mampos asalkjan hajat mereka nak tumbangkan kerajaan PN tercapai. Tapi belum tentu mereka boleh menang dalam pilihanraya nanti.

    Reply

Leave a Reply