WhatsApp memasukkan mod ‘sentiasa’ senyap

BEBERAPA bulan lalu, platform pesanan dalam talian paling popular, WhatsApp sudah menyatakan untuk memasukkan mod senyap ‘sentiasa’ (Always) dalam kemaskini terbaru mereka.

Mod berkenaan sudah boleh digunakan oleh semua pengguna platform berkenaan sebagai salah satu ciri tambahan baharu yang mengutamakan privasi kepenggunaan.

Sebelum ini, mod senyap berkenaan hanya mempunyai tiga antaranya pilihan ,lapan jam dan setahun namun kini, mod berkenaan ditambah kepada ‘sentiasa’ atau ‘Always’.

 

MOD 'sentiasa' senyap.
MOD ‘sentiasa’ senyap.

Pengguna untuk dua platform sistem operasi terbesar iaitu Android dan Apple, iOS boleh mengemaskini aplikasi mereka dan mod baharu itu boleh digunakan sebagai ciri privasi baharu.

Pada masa sama, WhatsApp juga dikatakan akan menambahbaik WhatsApp Business untuk membantu pengguna perniagaan bagi memudahkan lagi pelanggan.

Mod baharu itu antara lain berfungsi untuk pengguna dengan penambahan ciri membeli dan membayar terus dalam aplikasi berkenaan.

Pengguna boleh melihat katalog, melakukan bayaran dan sebagainya tanpa perlu meninggalkan aplikasi berkenaan.-HM

Whatsapp lancar perkhidmatan pembayaran digital.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker