Kesian kan orang macam ni. Apa la masalah hati dia, lucu kan. Sebenarnya video ni ada orang sent kat saya di DM. Kenapa bila live nak kena cakap pasal saya?

Itu kata-kata pedas keluar dari mulut Fara Mendoza yang juga merupakan pelakon, model dan personaliti media sosial Malaysia.

Berbalas cakaran

Semalam Fara Mendoza telah mengeluarkan kata-kata pedas terhadap bekas pelakon, Zarina Anjoulie sewaktu live di Instagram beliau.

Sesi live itu telah disaksikan oleh ramai netizen sehingga ada yang cuba untuk menambah minyak di dalam api yang sedang membara.

Sebelum Fara membuat live di Instagram, Zarina terlebih dahulu sudah membuat live berkenaan dan isi kandungan live dia ada menyebut tentang kehidupan peribadi Fara.

Yang kahwin dengan kau pun biawak hidup

Be**** ni ingat aku sakit hati dengan dia. aku ni pun ada orang nak kawin dengan aku, dia tu tak ada siapa nak kahwin dengan dia. Kau tak kerja, mana datang duit tu.

Berang dengan kata-kata itu, Fara cuba untuk membalas semula di dalam live Instagram miliknya sehingga mengakitkan tentang suami kepada Zarina sendiri.

Kau nak bangga sangat orang kahwin..aku tak kisah lah.

Aku tak pernah kisah pasal kau kahwin ke, tak kahwin ke..kau kahwin pun takde siapa yang datang, pondan je yang datang. Sedar diri tu sikit.

Siapa ada kat sisi kau? Kawan pun takde, Bff pun takde.. Ya Allah kau boleh pertikaikan kenapa aku tak kahwin..

Yang kahwin dengan kau pun penganggur, biawak hidup.. kau bela biawak hidup tu kau nak bangga?

Helloo kalau aku nak bela biawak hidup, dah lama aku kahwin.. aku dah seratus kali kahwin kemudian cerai, kalau aku nak. sebab aku ni berduit!

Tapi aku tak macam tu, so cerita dia jangan nak bangga lah bila biawak hidup, bagi makan pakai semua.

Mana jam rolex? gelang? rantai

Kenapa nak cakap pasal jam rolex saya, nak cakap pasal gelang saya, rantai saya..kenapa? Memang saya tak layan dia, cuma pelik..lepas tu cakap saya tak kerja.

Haii dulu bukan main hina saya dulu jual kerepek tepi jalan, depan 7E.

Lepas tu bila aku dah beli rumah, cakap aku tak kerja pulak? Tak ke mental orang macam ni. Macam kelakar.

Untuk makluman, sebelum ini kedua-dua pelakon ini pernah bergaduh besar sehingga kes mereka dibawa ke mahkamah.

Kes pergaduhan yang berlaku pada sekitar bulan Jun itu telah menyebelahi Fara apabila dia telah memenangi kes saman malu atas penyebaran gambar bogel dan juga tuduhan menggugurkan anak.-Bawang Rangers

“Akaun Kena Beku, Rumah Digeledah…Apa Dosa Saya?” – Fara Mendoza Mengaku Disiasat SPRM