Walaupun bekalan air pulih, rakyat tetap tanya bila masalah ini akan berakhir

Shah Alam: Sejumlah 1,217 kawasan terjejas akibat gangguan bekalan air menerima semula bekalan air berjadual jam 7 petang tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataannya berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 75 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan.

“Dua wilayah sudah mencapai tahap pemulihan sepenuhnya iaitu Kuala Lumpur dan Hulu Selangor, masing-masing 100 peratus.

“Bagi wilayah Petaling dan Kuala Selangor pula masing-masing sudah mencecah 99.7 peratus dan 99.6 peratus.

“Sementara itu, wilayah Klang/ Shah Alam kini mencapai 86 peratus, diikuti dengan Gombak 83 peratus manakala Kuala Langat sebanyak 75 peratus,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Air Selangor juga menggerakkan lori tangki air untuk menghantar bekalan air ke kawasan yang terjejas.

“Air Selangor menghargai bantuan daripada majlis perbandaran tempatan dan operator air negeri lain yang menghantar bantuan lori tangki termasuk 10 buah dari Ranhil SAJ Sdn Bhd.

Kritik isu air : Saya senyum dan tenang saja, kata Amirudin

“Masing-masing dua lori dari Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Lembaga Air Perak (LAP), Majlis Perbandaran Klang (MPK) serta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Sementara itu, sebuah lori tangki dari Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan Syarikat Air Terengganu (SATU),” katanya.

Air Selangor juga mengingatkan kepada pengguna supaya membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan.

“Air Selangor berharap pengguna menggunakan bekalan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan.

“Bantuan bekalan alternatif di pili – pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan pengguna yang terbabit dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Intagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com,” katanya.

Bar, kelab malam, pusat hiburan dilarang saji minuman keras

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker