Jumlah pelanggan merosot, Restoren ‘Patin Tempoyak’ bakal ‘bungkus’

TEMERLOH – Pengusaha restoran ikan patin masak tempoyak di bandar ini mengeluh apabila jumlah kehadiran pelanggan didakwa semakin merudum selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak 14 Oktober lalu.

Pemilik restoran Along Patin Station, Mohd Afif Ashraf Jamaludin, 30, mengakui kemerosotan jumlah pelanggan sangat dirasai khususnya pada minggu ini.

Menurutnya, sebelum ini kehadiran pelanggan dari Lembah Klang menjadi antara pelanggan utama di restoran miliknya selain bergantung kepada penduduk tempatan.

“Memang sejak PKPB jumlah pelanggan di sini berkurangan sehingga 70 peratus malah jika dilihat ketika waktu puncak, suasananya juga lengang berbanding sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian.

‘Abang lori’ jadi tukang masak, tauke tempoyak ikan patin

Dalam pada itu, Mohd Afif akur dengan keadaan itu memandangkan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) dan berharap situasi tersebut segera pulih.

Restorannya mula beroperasi sejak lebih setahun lalu terletak di Kampung Bukit Songsang di sini.

Nada sama turut disuarakan pemilik Restoran Gobang Maju Patin Tempoyak yang mengakui berlaku kemerosotan jumlah pelanggan di premisnya sejak PKPB dilaksanakan.

Muhamad Rizal Muhamad Rosely, 42, berkata, jumlah pelanggannya merosot hingga 70 peratus.

Duit Jatuh, Rizab Merosot, Takde Siapa Cemas Ke?

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker