Jalan Tun Razak sesak angkara ular sawa

KUALA LUMPUR – Gara-gara seekor ular sawa batik, aliran trafik di Jalan Tun Razak menghala Ampang Park sesak hampir tiga kilometer pagi tadi.

Kehadiran reptilia sepanjang dua meter itu disedari pemandu kereta jenis Honda CRZ selepas diberitahu oleh pengguna jalan raya lain yang kebetulan melihat bahagian ekor ular itu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II G. Sandra Segaran berkata, kejadian berlaku pada pukul 8.24 pagi berhampiran Balai Bomba Tun Razak dan pemandu masuk ke balai bagi meminta bantuan.



“Hasil pemeriksaan kita dapati ada seekor ular sawa batik di bahagian belakang tayar kereta tersebut.

“Kita mengeluarkan ular sawa batik sepanjang dua meter menggunakan penjerut ular,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker