Ini Adalah 5 Bangunan Pencakar Langit Tertinggi Di Dunia

Manusia seringkali mengimpikan untuk melihat dunia dari sudut pandangan mata burung. Akhirnya dengan perkembangan seni bina masa kini yang sangat mengagumkan, kini kita sudah berupaya merealisasikan impian untuk merasai melihat pemandangan dari sudut atas.

Bahkan manusia kini berlumba-lumba dalam mengejar siapakah mempunyai bangunan pencakar langit yang paling tertinggi di dunia. Namun harus dikatakan manusia kreatif dalam mencipta peluang terutamanya mengguna pakai ruang tanah yang masih tersisa dalam kawasan bandar mereka.

Berikut adalah 10 pencakar langit tertinggi di dunia dengan ketinggian rekod dan reka bentuk bangunan:



1.Burj Khalifa, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (829.8 m / 2,722 ft)

Sumber: Burjkhalifa.ae

Burj Khalifa yang dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai ialah sebuah pencakar langit yang ditubuhkan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah pada 829 meter bersamaan 2,722 kaki.

Pembinaan bermula pada 21 September 2004, hingga 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010. Pembina utamanya merupakan usahasama antara syarikat Samsung C&T dari Korea Selatan yang pernah membina Taipei 101 dan Menara Berkembar Petronas.



Burj Khalifa merangkumi 30,000 buah rumah, sembilan buah hotel termasuk The Address Downtown Burj Dubai, kawasan taman seluas tiga hektar bersamaan 7.4 ekar tanah, 19 buah menara perumahan, pusat beli-belah Dubai Mall dan Tasik Burj Khalifa buatan manusia seluas 12 hektar bersamaan 30 ekar tanah direka khas untuk menjadi titik pusat projek pembangunan yang menawarkan pelbagai kegunaan secara besar-besaran.

Dilaporkan bahawa keputusan untuk membina Burj Khalifa berasaskan keputusan kerajaan untuk mengalihkan tumpuan ekonominya dari sektor galian minyak kepada sektor perkhidmatan dan pelancongan.

2. Menara Shanghai, Shanghai, China (632 m / 2,073 ft)



Sumber: Tourbonsafari

Menara Shanghai merupakan pencakar langit kedua tertinggi dunia yang terletak di Lujiazui, Pudong, Shanghai, China dan dimiliki oleh kerajaan bandar Shanghai. Bangunan ini telah direka oleh Gensler, firma arkitek daripada Amerika bersama arkitek dari China Jun Xia yang mengetuai reka bentuk. Berukuran 632 meter bersamaan 2,073 kaki, menelan kos sebanyak kira-kira AS $ 2.4 bilion, mampu menanggung seramai 16,000 orang setiap hari.

Menara ini terbentuk daripada sembilan bangunan silinder yang disusun di atas satu sama lain yang mempunyai 121 tingkat. Semua tingkat dilapisi kaca façade yang mana antara lapisan dalam dengan lapisan luar terdapat sembilan zon tertutup yang menyediakan ruang awam untuk pengunjung.

Setiap satu daripada sembilan kawasan mempunyai atrium sendiri serta mempunyai taman-taman kebun, kafe, restoran dan ruang untuk kedai runcit, serta memberikan pemandangan 360 darjah bandar.

3. Makkah Royal Clock Tower Tower Hotel, Mekah, Arab Saudi (601 m / 1,972 ft)



Sumber: Amazing.zone

Makkah Royal Clock Tower Hotel, juga dikenali sebagai Menara Abraj Al-Bait adalah sebuah kompleks bangunan yang terletak di Kota Mekah, Arab Saudi. Lokasi menara ini terletak di seberang jalan Masjidil Haram, masjid paling suci bagi umat Islam yang mana menara ini dibangunkan bagi menampung para jemaah haji yang datang untuk menunaikan ibadah haji.

Menara Abraj Al Bait ini juga dikatakan mampu menampung jemaah haji seramai 65,000 orang dan anggaran biaya pembangunannya sebanyak 1.6 bilion dolar Amerika Syarikat. Bangunan tujuh menara ini dilengkapi dengan empat tingkat pusat membeli-belah, ruang persidangan, pelbagai kemudahan lain dan Hotel Tower yang dikhususkan untuk pangsapuri.

4. Ping An International Finance Centre, Shenzhen, China (599 m / 1,821 ft)



Sumber: TheTowerInfo

Pusat Kewangan Ping An, juga dikenali sebagai Ping An IFC adalah pencakar langit yang mempunyai 115 tingkat di Shenzhen, wilayah Guangdong, China. Bangunan ini telah dirancang oleh Ping An Insurance dan direka oleh firma arkitek Kohn Pedersen Fox Associates daripada Amerika Syarikat. Bangunan ini telah dibina pada 2010 dan siap sepenuhnya pada 2016, sekali gus menjadikannya bangunan ke-4 tertinggi di dunia selepas Menara Abraj Al Bait.

Bangunan ini mengandungi pejabat, ruang runcit,pusat persidangan dan pusat membeli-belah mewah manakala dua tingkat paling atas akan menampilkan dek pemerhatian buat para pelawat. Bangunan ini mempunyai jumlah keluasan tanah seluas 378.600 meter persegi serta ruang bawah tanah 90,000 meter persegi menjadikannya bangunan kedua tertinggi di China. Seperti namanya, ianya juga akan menjadi ibu pejabat Ping An Insurance.

5. Lotte World Tower, Seoul, Korea Selatan (555 m / 1,821 ft)



Sumber: VisitKorea

Menara Lotte World merupakan pencakar langit yang mempunyai 123 tingkat terletak berhampiran dengan Sungai Han di kawasan kejiranan Sincheon-dong. Pencakar langit ini mula dibina pada 1 Febuari 1983 dan siap dibina pada 22 Disember 2000.

Mempunyai 13 menara, Lotte World mengandungi kedai runcit, tempat kediaman, hotel mewah, ruang pejabat peribadi dan lantai akses awam di bahagian atas bersama-sama dek pemerhatian dari tingkat atas.

Menara ini terletak bersebelahan dengan kompleks Lotte World generasi pertama yang dibuka pada tahun 1989 yang mana terdapat taman tema, pawagam dan pusat membeli-belah di dalamnya. Anda boleh tiba ke sana melalui Subway Line Seoul 2 dan Subway Line Seoul 8 di Stesen Jamsil.

Pada pendapat anda, apakah akan ada bangunan lain yang mampu memecahkan rekod yang dipegang oleh Burj Khalifa pada masa akan datang?

Kredit: I am Lejen

Bina Bangunan Tinggi Mungkin Boleh Kurangkan Hutang Negara, Positiflah Sikit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker