Influencer sado maut akibat Covid-19 selepas beritahu ‘Covid tak wujud’ kepada sejuta followers

Kiev: Enggan percaya dirinya dijangkiti Covid-19 menyebabkan seorang selebriti kecergasan di Ukraine meninggal dunia akibat virus itu.

Pada mulanya, Dmitriy Stuzhuk, 33, terpaksa menerima rawatan selepas disahkan dijangkiti pandemik maut itu.

Bagaimanapun, ketika menerima rawatan di hospital, dia melarikan diri ke Turki selepas keadaannya dikatakan bertambah tenat.



The Sun melaporkan, selebriti yang memiliki lebih satu juta pengikut di Instagram (IG) itu nampak sihat dalam catatan terbaharunya di laman sosial.

Selepas disahkan positif Covid-19, Dmitry ada memuat naik gambarnya sedang menerima rawatan.

“Saya ingin berkongsi cerita bagaimana saya boleh dijangkiti dan mahu mengingatkan orang ramai.

“Pada mulanya saya fikir Covid-19 ini tidak wujud sehingga saya jatuh sakit,” katanya di laman IG miliknya.



Selepas lapan hari menerima rawatan dia dibenarkan keluar namun masih dirawat di sebuah inap desa kerana hospital di Kiev penuh.

Dmirty memerlukan bantuan mesin pernafasan namun melarikan diri ketika menerima rawatan.

Kematiannya disahkan bekas isterinya yang memaklumkan Dmitry maut kerana jangkitan virus itu sehingga mengakibatkan komplikasi jantung.-DailyStar

Kredit : Mstar /HM



15 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker