Papar gambar lucah untuk tarik pelanggan

BINTULU: Enam wanita Vietnam dan Filipina ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di pusat bandar ini kerana disyaki menjalankan kegiatan persundalan, petang semalam.

Dalam Op Noda dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bintulu antara 4.30 petang hingga 7.30 malam, semua suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan dalam bilik hotel berkenaan.

Polis menemui pelbagai alat perangsang seks termasuk 38 kondom, dua botol krim pelincir seks dan wang tunai RM210 dipercayai hasil bayaran perkhidmatan seks.



“Turut dirampas tiga buku catatan, kad bilik hotel dan resit bilik dipercayai bukti semua suspek menggunakan bilik hotel terbabit bagi melayan pelanggan.

“Mereka menggunakan internet dengan menyiarkan gambar ghairah bagi memancing pelanggan dan menyatakan harga dikenakan bagi setiap perkhidmatan seks,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana melacurkan diri. Jika sabit kesalahan, mereka berhadapan dengan hukuman penjara hingga setahun serta denda.

Semua wanita terbabit turut disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah-BH



 

Penduduk serbu rumah didiami dua pasangan kekasih



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker