COVID-19: CT Value gelombang ketiga COVID-19 membimbangkan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengakui paras ambang atau ‘Cycle Threshold’ (CT Value) jangkitan di COVID-19 di Kedah dan Sabah rendah berbanding gelombang pertama dan kedua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia disebabkan aktiviti pengesanan kontak secara aktif yang berjaya mengesan kes di peringkat awal.

“Kalau kita kesan kes-kes pada permulaan dibandingkan dengan gelombang pertama dan kedua, CT Value-nya adalah pada penghujung jangkitan.



“Kemungkinan jumlah virus ketika itu adalah tinggi. Apabila jumlah virus tinggi dalam badan seseorang, kebolehjangkitan adalah lebih tinggi kerana kita dapat kesan di peringkat awal,” katanya menjawab soalan Astro AWANI menerusi sidang media harian beliau hari ini.

Sumber di sebuah makmal universiti memaklumkan kepada Astro AWANI bahawa jumlah CT Value pada gelombang ketiga COVID-19 adalah sekitar 16 hingga 18 iaitu jauh lebih rendah berbanding semasa gelombang pertama dan kedua, iaitu pada purata 23 hingga 30.

Pengesanan nilai CT Value dapat dilihat ketika pelaksanaan ujian RT-PCR apabila jumlah virus atau ‘virus load’ dikesan lebih cepat dengan kitaran nilai ambang CT Value yang sedikit.

Ia sekali gus memberi petunjuk bahawa virus COVID-19 dari individu yang dikesan positif amat mudah menjangkiti individu lain.



Dr Noor Hisham pada masa sama tidak menolak kemungkinan bahawa CT Value yang rendah pada gelombang ketiga berpunca daripada mutasi D614G.

“Faktor mutasi virus D614G menjadikan jumlah virus load adalah tinggi dan ini menjadikan virus tersebut mudah menjangkiti.

“Jadi kalau kita lihat CT Value yang rendah di Kedah dan Sabah, ia mungkin disebabkan mutasi virus dan jangkitan yang telah berlaku lebih cepat dalam kalangan mereka yang terdedah kepada kes positif,” katanya-Awani

 



Malaysia masuk gelombang ketiga pandemik COVID-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker