Malaysia masuk gelombang ketiga pandemik COVID-19

Share

KUALA LUMPUR: Malaysia kini memasuki gelombang ketiga pandemik COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham mengingatkan rakyat supaya bersama berpadu tenaga untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan seperti sebelum ini.

Hari ini sebanyak 375 kes baharu COVID-19 dicatatkan dengan semua negeri dan Wilayah Persekutuan kecuali Perlis mencatatkan kes baharu.

Daripada jumlah itu, 371 adalah penularan tempatan dan empat lagi kes import, dengan kes tertinggi dicatatkan di Sabah sebanyak 271 kes. – BERNAMA

Negara berada di ambang gelombang ketiga COVID-19

Leave a Reply