‘Mengamuk’ di pasaraya, seorang wanita beri kata dua kepada tunang

LAS VEGAS: DUA tahun mengikat tali pertunangan, wanita ini nampaknya sudah hilang sabar.

Dalam sebuah video TikTok yang tular, seorang wanita di Las Vegas ‘mengamuk’ di sebuah pasaraya, meminta tunangnya agar mengahwininya.

“Dua tahun lepas awak sarungkan cincin tunang ini dan sekarang masa untuk berkahwin atau kita putus sahaja,” itu yang dikatakan wanita itu kepada lelaki berkenaan yang nampak begitu terkejut dengan kehadirannya.



Sedar kekecohan itu menarik perhatian ramai, wanita itu sempat mengucapkan hello, sambil menjelaskan apa yang dilakukan adalah dengan niat mahu tunangnya menunaikan komitmen seperti dijanjikan.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada insiden tersebut satu lakonan atau kejadian sebenar, malah tidak diketahui jika pasangan itu sudah selamat berkahwin atau tidak.-Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker