KKM lantik 1,899 petugas kontrak

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan untuk melantik secara kontrak sejumlah 1,899 petugas kesihatan lagi, bagi tujuan menyokong perkhidmatan kesihatan dalam tempoh penularan wabak Covid-19.

Antara petugas kesihatan sokongan tambahan yang dipohon adalah Pegawai Penyelidik, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Juruteknologi Makmal Perubatan dan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi dan Kewangan).

Selain daripada ditempatkan di fasiliti kesihatan seperti di hospital, klinik kesihatan, makmal, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), petugas kesihatan ini juga akan ditempatkan di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara dan ditugaskan di Pintu-pintu Masuk Antarabangsa Negara seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur agar urusan keluar dan masuk di Pintu-pintu Masuk Antarabangsa dapat diuruskan dengan lebih lancar dan berkesan.



Di peringkat Kementerian Kesihatan, antara langkah awal yang telah diambil adalah mobilisasi petugas kesihatan sedia ada dari negeri dan fasiliti kesihatan tertentu bagi membantu negeri atau fasiliti kesihatan yang memerlukan tambahan sumber manusia kesihatan. – MG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker