Pakistan haramkan TikTok

Islamabad: Pakistan pada Jumaat mengharamkan aplikasi popular, TikTok, dalam usaha membanteras kandungan tidak bermoral.

TikTok yang dimiliki syarikat dari China mempunyai ramai pengikut daripada golongan muda di negara ini.

Ada pengguna di negara ini juga sudah menjadi bintang TikTok dengan 10 juta pengikut seperti Jannat Mirza.



Sebelum ini, pihak berkuasa sudah mengharamkan aplikasi janji temu seperti Tinder dan Grindr.

Selain itu, kerajaan mengancam untuk menutup YouTube.

Pihak Berkuasa Telekomunikasi Pakistan mendakwa TikTok gagal untuk mematuhi dua amarannya bagi menyekat kandungan yang tidak bermoral dan lucah – HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker