KASIH HAIWAN : Kucing juga ada perasaan, setiap hari selama dua tahun ulang-alik ke kubur tuannya… [ VIDEO ]

 

NANA – bukan nama seorang ‘penyanyi’ atau jiran rumah kita.

Tetapi, itulah panggilan manja untuk seekor kucing jantan yang tinggal di Kampung Paloh, Tanah Merah, Kelantan.

Bukan soal baka kucing yang mahu kita perkatakan, namun kasih sayang haiwan ini kepada pemiliknya.

Malah, kerajaan Jepun turut membina tugu di depan stesen tersebut sebagai mengenang haiwan itu.

Di Malaysia, tidak mustahil kisah Nana boleh menjadi sehebat Hachiko!

Sejak pemergian tuannya pada Julai 2018, setiap pagi si comel berwarna oren ini akan menziarahi pusara Allahyarham Ab Aziz Ismail yang terletak kira-kira lima meter dari rumah arwah.

Tiada siapa yang dapat memahami apa yang terbuku di lubuk hati haiwan ini.

Ia seolah-oleh memikul beban rindu yang sangat berat kepada Allahyarham Ab Aziz yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.

Lebih menyentuh hati, dalam tempoh tiga bulan pemergian arwah Ab Aziz, Nana dikatakan hilang selera makan – barangkali masih bersedih dengan kehilangan penjaganya itu.

Hasnah berkata sepanjang hayat suaminya, Nana begitu manja dengan arwah

Hasnah berkata sepanjang hayat suaminya, Nana begitu manja dengan arwah

Berkongsi cerita, isteri Allahyarham, Hasnah Che Amat, 68, berkata, selama 40 hari dari hari kematian suaminya, beliau sekeluarga akan ke kubur untuk membacakan Yasin.

Biasanya, Nana akan sampai terlebih dahulu di kawasan kubur dan duduk di bahagian kepala kubur arwah.

“Bermula dari situ kami lihat keajaiban kasih sayang Nana dan arwah suami. Malah, sehingga kini setiap pagi Jumaat, kami akan ziarah kubur, dia dah ada… dia ikut sekali.

“Pada satu hari itu, saya balik sembahyang Subuh, masuk dapur dalam pukul 8 pagi. Nampak dia (Nana) naik atas rumah dalam keadaan basah.

“Kadang-kadang, saya intai melalui tingkap, nampak dia (di kubur)… tak tahu pukul berapa ia pergi,” katanya.

Nana selalu akan sampai terlebih dahulu di kawasan kubur dan duduk di bahagian kepala kubur arwah

Nana selalu akan sampai terlebih dahulu di kawasan kubur dan duduk di bahagian kepala kubur arwah

Nana dijaga oleh keluarga itu sejak enam tahun lalu dan menjadi haiwan kesayangan Allahyarham Ab Aziz.

Jelas Hasnah, sepanjang hayat suaminya, Nana begitu manja dengan Allahyarham dan setia menunggu kepulangan Ab Aziz di pagar rumah setiap kali arwah keluar menunaikan solat Subuh di masjid.

Tambah ibu kepada lapan cahaya mata itu lagi, beliau tidak menyangka minat arwah suami memelihara pelbagai jenis haiwan, nyata mampu menunjukkan sesuatu yang luar biasa walaupun sudah pergi buat selama-lamanya.

Keluarga Hasnah akan pergi melawat kubur Allahyarham Ab Aziz untuk membaca Yasin

Keluarga Hasnah akan pergi melawat kubur Allahyarham Ab Aziz untuk membaca Yasin

Selain menziarah kubur, kucing jantan baka tempatan ini turut menghabiskan masa di atas kereta peninggalan arwah Ab Aziz, selain buaian yang menjadi tempat kegemaran arwah.

Kini, walaupun keluarga Hasnah hanya menziarahi kubur seminggu sekali, tetapi kucing jantan ini masih meneruskan rutinnya setiap pagi.

Nana akan menghabiskan masa duduk di tepi kubur ataupun tidur di kawasan berkenaan. Begitulah gambaran besarnya kasih kucing ini kepada Allahyarham!

Di sebalik peningkatan kes penderaan haiwan, semoga kisah Nana boleh dijadikan pengajaran kepada kita dan bukti bahawa kasih-sayang kepada makhluk ciptaan Tuhan adalah perlu.-Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker