Mohon Maaf atau Berdepan Saman, Azeez Rahim beri amaran bekas pimpinan kanan DAP

Share

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menggesa bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim memohon maaf secara terbuka atau berdepan tindakan undang-undang.

Azeez berkata, Tunku Abdul Aziz perlu memohon maaf dalam tempoh 24 jam kerana memuat naik paparan skrin palsu dan berita sampah yang menggambarkan beliau membuat serangan peribadi ke atas seorang individu lain.

“Sebenarnya saya telah menerima kiriman whatsapp daripada beberapa individu semalam kononnya saya telah menulis di dalam facebook saya posting berkaitan dengan seorang individu bergelar “HR”.

“Pada awalnya, Saya tidak begitu mengambil endah dan hanya mengeluarkan poster bahawa ianya adalah “fake news” dalam whatsapp group yang terlibat, kerana beranggapan ianya satu fitnah yang sengaja diada-adakan dan pada fahaman saya bertujuan sebagai satu bentuk “character assasination”.

Wan Azizah masuk hospital

“Apa yang mengejutkan berita sampah sebegini telah dikongsikan dalam posting Tunku Abdul Aziz sendiri dan menggambarkan saya sebagai melakukan satu tuduhan melulu dan merosakkan ke atas individu lainnya,” kata Azeez, yang turut melampirkan rujukan paparan skrin berita palsu itu.

Menurut Azeez, tindakan yang dilakukan bekas pemimpin DAP itu menunjukkan betapa mudahnya fitnah bertebaran dan dipercayai tanpa dikaji fakta sebenar.

“Ini adalah contoh bagaimana fitnah yang disebarkan berjaya mempengaruhi individu tanpa mengambil sebarang inisiatif memastikan kebenarannya terlebih dahulu.

“Saya harap Tunku Abdul Aziz dapat menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka dalam masa 24jam daripada tarikh posting beliau dibuat atau berhadapan dengan tindakan undang-undang seterusnya.

“Terlalu banyak fitnah lain yang disebarkan terhadap saya melalui pautan media sosial yang tanpa sedikit pun rasa bersalah berterusan cuba menjatuhkan imej saya dan laporan polis akan saya buat berkaitan fitnah-fitnah lainnya selepas ini,” katanya. – SuaraTV

Kejam! Selepas menetak, mangsa dirogol disaat darah sedang membuak keluar

Leave a Reply