Wan Azizah masuk hospital

Bekas timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak semalam.

Suaminya Anwar Ibrahim mengesahkan perkara itu melalui kemas kini laman Facebook beliau.

“Azizah dirawat di PPUM sejak semalam. Covid-19 negatif.

“Pemeriksaan umum diteruskan. Doakan, Insya-Allah,” tulis Anwar tanpa menyatakan masalah kesihatan dihadapi isterinya.



Selain itu, menurut sumber terdekat, Wan Azizah yang juga pengerusi lembaga penasihat PKR, ketika ini berada dalam keadaan stabil dan tidak membimbangkan.

Nota : Semoga cepat sembuh. Harap Anwar jaga isterinya baik-baik.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker