Cukuplah ATOK, rakyat perlukan negara bebas WARLORD politik

Warlord politik Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan supaya tidak meneruskan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Bekas Perdana Menteri itu memberi bayangan berkemungkinan bertanding lagi pada PRU akan datang, selepas penyokongnya tidak bersetuju beliau bersara.

Sebelum ini, Dr Mahathir mendakwa tidak berhasrat bertanding, namun akan kekal dalam arena politik dengan melawan gejala rasuah melalui parti baharunya, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).



Beliau yang berusia 95 tahun dan memegang rekod Perdana Menteri tertua di dunia itu berkata, pengumuman yang dibuat mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penyokongnya.

Bagaimanapun, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berpendirian sebaliknya terhadap hasrat Dr Mahathir itu.

Mahathir U-turn, nak bertanding PRU lagi



Beliau berkata, rakyat dan negara kini memerlukan politik baharu yang bebas daripada ‘warlord’ politik Mahathir.

“Cukuplah Tun. Dahulukan pemimpin muslim berwibawa, amanah dan kompeten yang mendahulukan agenda agama, bangsa dan negara.

“Saya yakin bahawa Malaysia tidak ketandusan pemimpin pelapis yang berwibawa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mahathir selain memegang rekod Perdana Menteri tertua di dunia ketika memegang tampuk pemerintahan untuk kali kedua selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya pada Mei 2018, Dr Mahathir juga antara Perdana Menteri paling lama berkhidmat bermula 1981 hingga 2003.



 

Saya tak lantik Anwar dalam kabinet saya kerana dia tiada manfaat – Mahathir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker