Saya tak lantik Anwar dalam kabinet saya kerana dia tiada manfaat – Mahathir

Share

Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan yang beliau tidak dapat melantik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke jemaah kabinet Pakatan Harapan (PH) dulu kerana ia tidak memberi manfaat.

Menurut Mahathir, bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah bertindak ‘kritikal’ terhadapnya walaupun beliau berusaha mendapatkan pengampunan untuk pemimpin PKR berkenaan.

Katanya, selepas keluar daripada penjara, Anwar tidak mahu bersama beliau sebaliknya berjumpa dengan ‘semua orang’.

“Dia jumpa raja-raja, dia jumpa (pemimpin) orang asing, dia bukan nak sokong saya sebaliknya dia pula yang kritikal terhadap saya, jadi saya nak lantik dia ke Kabinet macam mana?

“Isterinya (dalam Kabinet) melaksanakan tugasnya dengan baik, jadi kalau saya nak buang seorang (menteri) dan lantik dia (Anwar) ke Kabinet, saya kena fikir dulu, apa manfaatnya?

“Memang saya dah janji nak lantik beliau sebagai Perdana Menteri tetapi kena ingat, walaupun kita nak namakan seseorang untuk menjadi Perdana Menteri, akhirnya dewan (Parlimen) yang akan menentukan siapakah yang layak,” kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif dalam program Owh!MG terbitan Malaysia Gazette semalam.

Mengenai kenyataan terbaru Anwar yang
mendakwa memiliki majoriti sokongan di Parlimen, Mahathir berkata, itu bukan kali pertama Anwar membuat dakwaan sedemikian.

“Pernah sekali tu Anwar dah ‘pakai baju’ dah, nak pergi istana dah, nak angkat sumpahlah…tetapi tak jadi.

“Kita tahu dia (dulu) tak ada majoriti…kali ini tak tahulah. Kalau benar, jatuhlah Muhyiddin. Namun saya masih belum yakin dengan dakwaan tersebut.

“Yang pasti kerajaan Muhyiddin sekarang cukup lemah, hanya ada kelebihan dua ahli Parlimen (yang menyokongnya), kalau dua-dua orang tu sakit perut, habislah!,” kata Mahathir. MG

Annuar: Parti ‘Papet’, tubuh dan lantik keluarga sendiri

Leave a Reply