Annuar: Parti ‘Papet’, tubuh dan lantik keluarga sendiri

Setiausaha Agung BN Annuar Musa menyindir penubuhan parti baru bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat dirinya dan anaknya sendiri, Mukhriz Mahathir sebagai dua pemimpin paling tinggi.

“Parti Pejuang Tanah Air (Papet)…Tubuh dan lantik keluarga sendiri..” ciap Annuar di Twitternya.

Berbeza dengan sebutan “Pejuang” yang dipilih parti itu sebagai kependekan nama parti, Annuar menulis “papet” yang mempunyai sebutan mirip perkataan Inggeris “puppet”, yang membawa maksud boneka.

Untuk rekod, Mahathir merupakan pengerusi Pejuang manakala Mukhriz dilantik sebagai presiden sementara parti.



Annuar yang juga menteri wilayah persekutuan itu turut berkongsi ciapan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Rais Yatim, yang mempersoalkan apakah parti baru itu dapat menzahirkan perpaduan orang Melayu.

“Khabarnya dah ada parti baru nama Pejuang, anjuran Tun M yang jadi pengerusi dan anakandanya DS Mukhriz sebagai presiden. Terzahirkah perpaduan Melayu dalam parti ini?” soal Rais di Twitter.

Pada 7 Ogos, Mahathir yang disingkirkan daripada parti Bersatu yang diasaskan olehnya, menubuhkan Pejuang sebagai parti berasaskan Melayu yang tidak terikat dengan Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).

Menurut Mahathir, parti itu ditubuhkan memandangkan parti lain yang berasaskan Melayu dan pribumi telah menggadai maruah bangsa, agama dan hala tuju perjuangan kepada golongan yang gilakan kuasa. Mkini



Related Articles

2 Comments

  1. ‘papet’ tu kalau takde show dia duduk bawah ketiak daddy(papet master)
    berkilau pala hotak ‘papet’ digilap bulu ketiak daddy

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker