Sediakan SOP, sistem pengundian baharu jika PRU-15 diadakan

Kerajaan perlu mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) atau mewujudkan sistem pengundian baharu sekiranya mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ketika negara masih dibelenggu pandemik Covid-19.

Ketua Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan Michael Tay Chee Boon berkata, kerajaan perlu mengambil iktibar berikutan peningkatan kes Covid-19 selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Semua tahu, penularan wabak ini entah bila akan berakhir, justeru perlu ada kaedah bagi menambah keyakinan rakyat untuk mengundi dan menunaikan tanggungjawab (sekiranya PRU-15 diadakan).

“Sama ada perlu membuat sistem menggunakan pos atau kaedah lain tanpa mengundi perlu pergi ke pusat mengundi bagi mengelakkan dijangkiti wabak ini, atau perlu mengetatkan lagi SOP sedia ada.

PRU-15: Adakah nak tunggu keadaan bertambah buruk?

“Berdasarkan kaji selidik yang saya lakukan, ramai yang memilih untuk tidak keluar mengundi (jika PRU-15 diadakan) sekiranya sistem undian sama ketika pandemik Covid-19,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, sekiranya PRU-15 dijangka dilaksana tidak lama lagi, kaedah baharu pengundian yang menjamin keselamatan rakyat di bawah norma baharu perlu difikirkan sekarang dengan SOP baharu.

“Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) mungkin berjaya mengikut kaedah norma baharu sedia ada.

“Mengambil kira situasi Covid-19 selepas PRN Sabah, ramai yang takut keluar untuk mengundi selepas ini. Jadi kerajaan perlu memikirkan penyelesaian dan kaedah baharu mulai sekarang,” katanya.

Kemelut PN berdepan PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker