Veteran UMNO sokong parti perjelas hala tuju pasca PRN Sabah

SHAH ALAM – Veteran UMNO menyokong kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu membincangkan dan menentukan hala tuju parti peringkat pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, ia bagi membetulkan sangkaan kepada akar umbi bahawa pucuk pimpinan parti itu sekarang berada dalam keadaan hilang arah.

“Semalam, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta agar Ahmad Zahid menjelaskan hala tuju jelas kepada semua ahli berkaitan kerjasama parti itu dengan saingan politiknya.

“Selepas itu, Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan bahawa Biro Politik UMNO akan berbincang tentang perkara ini dan akan kepada Majlis Tertinggi UMNO.Saya fikir ini yang terbaik buat masa sekarang,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.



Pemimpin UMNO yang menyokong Anwar wajar dipecat

Mohamad turut berkata, konsensus politik yang tegas harus dihasilkan untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara UMNO diperlakukan dalam PRN Sabah.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, apa yang berlaku kepada UMNO ketika ini ialah rentetan daripada kisah penubuhan kerajaan hari ini bermula daripada pembahagian jawatan menteri kanan, isu kerajaan Perak, pembahagian kerusi di Sabah.



“Saya berpendapat, penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam Muafakat Nasional (MN) memperlihatkan wujud bibit-bibit renggang antara UNMO dengan Pas.

“Ia ibarat kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga. Sebelum ini, UMNO dan Pas boleh berunding dengan baik dalam soal pembahagian kerusi pilihan raya. Sekarang, pelbagai permintaan mereka di setiap negeri,” katanya.

Justeru, beliau berharap Biro Politik UMNO dapat membuat suatu ketetapan yang membawa kebaikan kepada semua pihak dalam parti dan Majlis Tertinggi akan memperhalusi sebelum ia di panjangkan kepada akar umbi.

“Apa yang saya harapkan ialah ada satu garis panduan daripada pucuk pimpinan UMNO bagi meredakan kegusaran dan kegelisahan ahli,” katanya.



Hanya tunggu mengadap, senarai MP yang menyokong Anwar kini di pihak Istana

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker