Lelaki terkena peluru sesat, dua ditahan bantu siasatan

Share

DUNGUN – Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes seorang lelaki terkena tembakan di Kampung Besul, Bukit Besi di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, suspek pertama berusia 48 tahun ditahan kira-kira jam 10.30 malam semalam sebelum membawa kepada tangkapan seorang lagi suspek yang juga rakannya.

Katanya, suspek kedua berusia 50 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Besol Baru Bukit Besi di sini jam 10.50 malam.

“Hasil siasatan ke atas suspek pertama mengakui dia dipanggil suspek kedua ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa yang cedera ketika memburu di Hutan Simpan Besul.

“Suspek berkenaan juga mengaku pergi memburu kijang di kawasan hutan terbabit dan tertembak mangsa. Suspek juga mengaku bahawa senapang itu adalah milik mangsa.

“Bagaimanapun, kedua-dua suspek tiada rekod jenayah lampau,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Budak 9 tahun tak sedar peluru tembusi otak

Terdahulu, mangsa yang merupakan buruh binaan cedera selepas terkena tembakan senapang patah yang dilepaskan rakannya ketika memburu kijang di Hutan Simpan Besul Bukit Besi, dalam kejadian jam 2.30 petang pada 25 September lalu.

Ketika kejadian, mangsa berusia 34 tahun sedang menjerat ayam hutan di kawasan hutan berhampiran rumahnya di Kampung Besul Lama, Bukit Besi.

Kejadian itu disedari bapanya selepas melihat mangsa sedang menahan kesakitan di depan pintu rumah kira-kira jam 6.50 petang sebelum membawa anak lelakinya itu mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bukit Besi.

Hasil X-ray terhadap mangsa mendapati terdapat satu peluru pada bahagian perut dan bahagian pinggul serta terdapat serpihan peluru pada bahagian tulang belakang.

Isu Shahruddin ibarat sepakan penalti CR7 terkena tiang gol: Najib

Leave a Reply