‘Kemunafikan Politik’ cukuplah bagi PH, jangan diwarisi..

Perbincangan GRS mengenai siapa yang lebih layak memimpin kerajaan negeri Sabah sepatutnya sudah berakhir sebaik sahaja Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah ke-16 di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin semalam.

Namun disebaliknya persetujuan BN berkenaan ada perjanjian lain yang harus ditepati oleh Ketua Menteri Hajiji atas muafakat dan tolak ansur BN Sabah dalam isu ini.

Turut mengangkat sumpah ialah tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Presiden Solidariti Tanah Air (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Naib Presiden PBS, Datuk Dr. Joachim Gunsalam.



Hajiji sebelum ini sebagai mantan Pengerusi PN Sabah bukanlah nama asing dalam landskap politik Sabah kerana beliau pernah menjawat jawatan menteri dalam Kabinet negeri sebelum ini.

Dalam PRN Sabah pada Sabtu lalu, Hajiji menang selesa di kerusi Dewan Undangan Negeri Sulaman dengan majoriti 3,099 undi sekali gus mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 30 tahun lalu.

Hari pertama pelantikan Hajiji ketika Sabah berdepan cabaran bahawa beliau tidak berpegang kepada janji yang dibuat bersama BN Sabah yang sepatutnya beliau tunaikan selepas beliau diangkat menjadi Ketua Menteri Sabah yang ke 16.

Apa yang berlaku seperti yang telah sedia makum dan dilaporkan semalam. Bung sebagai Timbalan Ketua Menteri I telah bertukar portfolio selepas beberapa jam mengangkat sumpah jawatan.



Pertukaran ini menyaksikan Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri I dilantik sebagai Menteri Kerja Raya, manakala Masidi memegang jawatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta Menteri Kewangan II diumumkan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor semalam.

BN berkorban, Hajiji Ketua Menteri Sabah yang baharu, angkat sumpah 10.30 esok

Dikhabarkan pertukaran ini adalah hasil daripada campur tangan Muhyiddin yang mahukan Hajiji berpegang kepada janji yang beliau buat semasa rundingan jawatan ketua Menteri bersama BN Sabah.



Drama yang berlaku semalam perlu dijadikan pengajaran dan iktibar oleh Hajiji, GPS  dan rakan – rakan dalam Muafakat Nasional.

Ini kerana langkah yang bertentangan dari satu – satu perjanjian dan persefahaman boleh menjurus kepada ketidakstabilan dan rasa tidak puas hati dikalangan parti politik yang bermuafakat.

Cukup-cukuplah dengan PH sahaja yang mengamalkan ‘kemunafikan politik’ ini jangan dibawa perangai ini ke dalam Gabungan Rakyat Sabah mahupun permuafakatan yang berada di Semenanjung.

Perlu diingat bahawa gelora politik samada ada di Sabah atau pun negara amnya boleh datang dan pergi pada bila – bila masa sahaja.



Ditambah pula masing – masing bergantung dan memerlukan antara satu sama lain untuk berdiri tegak melaksanakan pentadbiran negeri dan negara.

Pencatur politk bukan lagi ditangan satu dua orang kerana Ini bukan zamannya boleh angkuh berhidung tinggi untuk berdiri sendiri.

Bulat pembentung kerana air bulat manusia kerana muafakat!

Yeop Karai



 

SAH! GRS angkat Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker