PrnSarawak: Dap ‘kingmaker’ atau ‘sore losers’ ?

Tiada peranan ‘kingmaker’ untuk DAP Sarawak, kata penganalisis

Seorang penganalisis politik meramalkan DAP Sarawak akan dikecewakan pada pilihan raya akan datang dan mengatakan parti itu menipu diri sendiri sekiranya ia percaya boleh main peranan “kingmaker”.

Mengulas kenyataan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, baru-baru ini, Jayum Jawan dari Universiti Putra Malaysia berkata parti itu tidak mungkin boleh memenangi semua kerusi majoriti Cina di negeri itu.


Dalam ucapan di Kuching Ahad lalu, Chong berkata sesebuah parti tidak perlu menang 50% dari 82 kerusi di Dewan Undangan Negeri itu untuk jadi penentu dalam pembentukan kerajaan baharu.



“Oleh kerana banyak kumpulan yang kuat di negeri ini, sukar bagi mana-mana parti atau gabungan tunggal membentuk kerajaan baharu selepas pilihan raya,” katanya.

“Jadi, saya percaya DAP boleh memainkan peranan sebagai ‘kingmaker’ dengan memenangi 15 hingga 20 kerusi pada pilihan raya negeri akan datang.”

Mengatakan terdapat 16 kawasan Parlimen majoriti Cina di Sarawak, Jayum mendakwa paling banyak DAP boleh menang pun “kira-kira 10 kerusi”.

Beliau juga mendakwa DAP tidak menunjukkan prestasi yang baik ketika menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat. “Jadi ia tak boleh harap pengundi Cina kali ini akan beri sokongan tanpa syarat.”




Beliau meramalkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan bergembira, mengatakan PBB, tulang belakang kumpulan itu, boleh menang kebanyakan kerusi Melanau tanpa banyak masalah.

PBB malah boleh menang kerusi Dayak sekiranya ia bertanding di kawasan-kawasan tersebut, dan Parti Rakyat Sarawak dijangka menang kira-kira 70% kerusi yang akan dipertandingkan.

“Walaupun DAP kemungkinan besar akan memenangi kerusi majoriti Cina bandar, SUPP juga akan memperolehnya,” katanya kepada FMT.

“Presiden SUPP Sim Kui Hian, bekerja keras untuk mendapatkan sokongan yang lebih kuat dari komuniti Cina dan usahanya mula membuahkan hasil.



“Oleh itu, DAP tidak akan main peranan ‘kingmaker’ walaupun menang 20 kerusi.”

Kadir dakwa Muhyiddin mungkir janji, Hamzah jadi kingmaker



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker