Mesyuarat sulit PH petang tadi dihidu media

Share

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang hadir pada mesyuarat di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi mengunci mulut dan sekadar menyifatkan pertemuan itu sebagai “mesyuarat bulanan biasa”.

Pengerusi PH Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang dikatakan tiba di ibu Pejabat PKR itu pada 2.00 petang, namun dimaklumkan mesyuarat itu hanya bermula kira-kira pada jam 3 petang.

Bagaimanapun, selepas kira-kira sejam setengah mesyuarat berlangsung, beberapa pemimpin kanan PH termasuk Presiden Amanah, Mohamad Sabu dilihat mula beredar dari ibu pejabat PKR.

Mohamad yang ditemui media enggan mengulas lanjut isu yang dibincangkan dalam pertemuan hari ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad juga mengunci mulut dari menjawab soalan wartawan.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang ditemui pemberita juga mengambil sikap yang sama dengan enggan mengulas lanjut intipati mesyuarat hari ini dan hanya menyatakan ia perjumpaan bulanan biasa PH.

Masalah dalaman PKR cerminan Kabinet Anwar kelak.

“Hari ini mesyuarat biasa, mesyuarat bulanan PH. Tak ada apa-apa,” katanya ringkas.

Anwar juga difahamkan beredar tanpa pengetahuan media yang menunggu di ibu pejabat parti itu, sejak kira-kira jam 5.30 petang.

Ini merupakan mesyuarat pertama PH selepas Anwar mengumumkan mempunyai majoriti sokongan daripada anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Anwar sebelum ini berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah berkenan untuk menerima menghadap tetapi ditangguhkan kerana baginda mengalami masalah kesihatan.

Sultan Abdullah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin lalu, iaitu dua hari sebelum Anwar membuat pengumuman berkenaan.

Dalam kenyataan media berasingan hari ini, Istana Negara memaklumkan baginda kini dalam keadaan stabil selepas menjalani rawatan keracunan makanan serta intervensi selepas dinasihatkan menjalani rawatan susulan di IJN.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata rawatan keracunan makanan bermula apabila baginda dimasukkan ke IJN pada malam 21 Sept lalu.

Menurutnya, rawatan intervensi pula dilakukan susulan pengimejan MRI pada 22 Sept menunjukkan kecederaan yang telah dialami oleh Al-Sultan Abdullah ketika bersukan.

Sementara itu, pemimpin PH lain yang turut hadir dalam mesyuarat petang ini di ibu pejabat PKR ialah Akmal Nasrullah Nasir, Dr. Hatta Ramli, Dr Dzulkifli Ahmad, Gobind Singh Deo, Senator Husam Musa, Loke Siew Fook, Kulasegaran dan Dr Xavier Jayakumar.

Mahathir, Anwar dijangka adakan pertemuan petang ini

Leave a Reply