Australia henti operasi menyelamat, lupus bangkai ikan paus

SYDNEY – Pegawai hidupan liar Australia hari ini mula melupuskan bangkai ikan paus selepas membuat kesimpulan tiada lagi harapan untuk menyelamatkan haiwan tersebut.

Kira-kira 180 ekor paus pilot tersebut berjaya diselamatkan selepas 470 mamalia terbabit ditemui di kawasan beting pasir di Macquarie Harbour di Pulau Tasmania pada awal minggu lalu.

Pengurus Taman dan Hidupan Liar, Rob Buck berkata, kira-kira 15 bangkai paus terbabit telah dilupuskan ke laut.

“Operasi untuk melupuskan baki hampir 350 bangkai mamalia tersebut dijangka mengambil masa beberapa hari,” jelasnya.

Difahamkan, bangkai ikan paus itu turut diasingkan kepada beberapa kumpulan dan ditempatkan di satu lokasi bagi mengelakkan jerung dan haiwan pemangsa lain.

“Kami berharap haiwan yang masih hidup dan dilepaskan semula ke laut dapat pulih daripada kejadian traumatik itu,” katanya. – Agensi

Tiga bangkai tikus dalam tong cuci tangan

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker