Saya Akan Terus Menjadi Ibu Kepada Leon Dan Punyai Suami Yang Baik Suatu Hari Nanti – Rihana Oksana

Share

Kisah perkahwinan SuItan KeIantan, Sultan Muhammad V dengan seorang jelitawan berasal dari Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko, hangat diperkatakan ramai awal tahun 2019.

Model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015 itu dikatakan melangsungkan perkahwinan pada November 2018, lapor portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail.

Jodoh mereka bagaimanapun tidak kekal apabila berpisah tidak lama selepas berkahwin.

Masih menggunakan ‘nickname’ sebagai Rihana Petra, beliau dilihat sering berkongsi gambar anak lelaki yang diberi nama
Tengku Ismail Leon Petra di Instagram.

Rihana turut beberapa kali memuatnaik hantaran yang mengundang kntroversi termasuk pendedahan berkenaan tuntutan nafkah dan rumah terhadap bekas suaminya.

Menariknya, setiap perkongsian Rihana yang ditulis dalam dwibahasa Rusia dan Bahasa Inggeris, pasti akan mendapat banyak komen dari ‘tentera bawang’ Malaysia.

Hantaran terbaru Rihana curi tumpuan warganet

Sementara itu Julai lalu, Rihana telah berkongsi hantaran sempena hari lahir beliau yang ke 28.

Apa yang mencuri tumpuan adalah beliau sempat berdoa semoga suatu hari nanti dikurniakan suami yang baik.

” Saya dilahirkan pada 10 Julai jam 14:45 waktu Moscow tepat 28 tahun yang lalu dengan tinggi 53 sentimeter dan berat 3.2kg.

” Sekadar untuk perkongsian, saya sekarang sudah mencapai ketinggian 179 cm dan berat 52 kg.

” Soalan pertama yang saya tanyakan kepada ibu saya hari ini adalah, “Adakah ibu pernah terfikir bahawa suatu hari nanti akan dikurniakan anak perempuan seperti saya?”

” Ibu saya kemudian hanya tertawa sambil menjawab dia mencintai saya tidak kira apa yang saya lakukan kerana setiap ibu bapa pasti mengasihi dan menyayangi anaknya.

” Saya boleh katakan bahawa saya benar-benar gembira dengan hidup saya dan pada usia saya sudah banyak yang dapat dilakukan.

” Paling penting adalah saya menjadi ibu dan menjadikan ibu bapa saya sebagai datuk nenek, menjadikan datuk dan nenek saya sebagai datuk dan nenek yang hebat kerana Leon adalah cucu pertama dalam keluarga kami).

Mahu jadi ibu yang baik kepada Leon dan mendapat suami yang baik

” Saya ingin agar diri saya sentiasa bersikap positif walau apa pun yang terjadi dalam hidup, lulus peperiksaan dan sambung belajar di peringkat MBA.

” Saya juga mahu terus menjadi ibu yang baik kepada Leon dan mempunyai suami yang baik di masa depan.. (tidak tahu lagi bila)..

” Dan tentu saja saya mendoakan kesihatan yang baik kepada saya, kepada Leon dan kepada semua rakan dan pengikut saya semoga kita dapat memenangi wabak COVlD, kembali bebas seperti sebelumnya) Selamat Hari Lahir Ke-28 Kepada Saya!” tulis Rihana.

Sementara itu, menerusi ruangan komen terdapat juga rakyat Malaysia yang memberi ucapan hari lahir kepada Rihana.

” Selamat hari lahir Rihana.. Sama tarikh dengan Tun Mahathir Mohamad..” tulis Sam

Sumber: IG Rihanapetra , Asiakini

Leave a Reply