Baru Je Yusof Haslam Kata Anak Dan Menantu Dah 2 Tahun Tak Tinggal Dengannya. Akhirnya SyamsuI Bersuara

Kisah rumahtangga membabitkan pengarah SyamsuI Yusof dan isterinya Puteri Sarah heboh di media sosial sehingga mendapat perhatian warganet sejak beberapa hari lalu.

Isu itu timbul apabila dakwaan mengatakan Puteri Sarah Liyana dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Susulan itu, ramai merasakan rumhtngga pasangan itu sedang bergolak.

Lebih mencuri tumpuan apabila semalam Datuk Yusul Haslam pula bersuara dengan mengatakan anak dan menantunya itu sudah tidak tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.



SyamsuI mula bersuara

Terbaru, SyamsuI, 36 tampil mengulas berkenaan isu membabitkan rumhtngganya itu selepas sekian lama berdiam diri.

Tidak menyatakan apakah punca sebenar, SyamsuI memohon orang ramai mendoakan hubungan rumahtangganya dengan isteri, Puteri Sarah dalam keadaan baik.

SyamsuI atau nama sebenarnya Mohd SyamsuI Mohd Yusof ketika dihubungi Harian Metro, bagaimanapun enggan mengulas lanjut apa yang terjadi dalam perkahwinan mereka.



Terdahulu, timbul dakwaan Puteri Sarah dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, kelmarin, yang ditemani ibu mentuanya.

” Tak ada apa yang saya nak komen, ia hal peribadi. Hal yang personal dan harapnya dapatlah menghormati

” No komen, ini hal peribadi. Tetapi, saya berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga,” katanya.

Ditanya juga mengenai tindakan isterinya yang sudah tidak mengikuti SyamsuI di Instagram, dia tegas enggan memberi komen.



Sebelum ini media melaporkan kelibat Puteri Sarah yang berjubah dan bertudung hitam menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di kawasan pejabat agama itu.

Malah, Puteri Sarah bersama ibu mentuanya dikatakan masuk ke bahagian undang-undang keluarga meskipun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kehadirannya itu .

Pasangan SyamsuI dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

” Maaf, tiada apa yang ingin saya kongsikan buat masa ini,” kata pelakon Puteri Sarah ringkas.



Yusuf Haslam doakan yang terbaik

Terdahulu, Datuk Yusof Haslam memberitahu beliau enggan mencampuri urusan peribadi anak lelakinya itu. Bagaimanapun dia dan isterinya iaitu Datin Fatimah Ismail sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya itu.



” Saya tak tahu apa-apa mengenai rvmah tangga mereka. Biarlah SyamsuI dan Puteri Sarah sendiri yang beri kenyataan sebab saya tak boleh nak beri komen.

” Benda ini terlalu peribadi sebab melibatkan hal rvmah tangga mereka. Lagipun, mereka berdua dah tidak tinggal bersama dengan saya sejak dua tahun lalu sebab mereka ada rumah sendiri.

” Sebagai bapa, sudah tentu saya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.

” Apa saja kemelut yang berlaku, saya dan isteri mendoakan agar mereka dapat selesaikan dengan baik,” kata Yusof kepada mStar.



Yusof diminta mengulas mengenai dakwaan Puteri Sarah Liyana dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu.

Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuanya.-Asiakini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker