“Nantikan Berita Gembira Dari Saya…” – Nur Sajat

Share

Usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi beberapa foto dan video memakai persalinan ala pengantin.

Perkongsian itu dibuat menerusi beberapa entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan wargamaya.

Sajat kelihatan menggayakan dua pasang baju berwarna putih, disolek serta didandan rapi seakan-akan gaya seorang pengantin perempuan.

“Nantikan berita gembira dari saya nanti,” tulis Sajat ringkas di salah sebuah entri.

Meninjau ruangan komen, terdapat beberapa pengikut Sajat yang memuji kecantikannya.

Pada masa yang sama, ramai juga yang mengkritik tindakannya itu.

 

 

Nanti kan …. berita gembira dari saya nanti❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️



Bagaimanapun, Sajat masih belum membuat pengesahan lanjut berkaitan perkara itu setakat ini.

Sumber: Gempak

Leave a Reply