Kavadi dilarang masuk kuil Batu Caves hingga SOP dimuktamad

Jawatankuasa Sri Mariamman Devasthanam Kuala Lumpur yang mengurus Kuil Sri Subramaniam Batu Caves melarang kavadi memasuki kuil sehingga Majlis Keselamatan Negara (MKN) memuktamadkan Prosedur operasi standard (SOP) menjelang perayaan Thaipusam.

Ia selepas Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada 9 Jan mengeluarkan kompaun RM1,000 kepada pihak kuil atas kegagalan pengunjung mematuhi SOP di pekarangan kuil tersebut.

Kavadi adalah ucapara di mana penganut Hindu membawa benda berhias yang diusung pada bahu.



Dalam kenyataan hari ini, pengerusinya R Nadarajah berkata bahawa pihak mereka mengambil keputusan untuk melarang kavadi memasuki kuil sehingga kerajaan muktamadkan SOP untuk perayaan Thaipusam.

“Kami telah menasihatkan setiap kavadi diiringi 10 orang sahaja. Tetapi, penganut tak dengar kata-kata kami.

“Selepas kejadian Ahad itu, kami tidak akan membenarkan mana-mana pembawa kavadi memasuki kawasan kuil sehingga kerajaan memuktamadkan SOP Thaipusam.

“Ini kerana jika pihak berkuasa boleh mendenda kuil, mereka mempunyai hak untuk mengeluarkan kompaun individu kepada orang ramai. Saya tidak mahu perkara itu berlaku,” katanya.



Dia berkata demikian susulan pihak kuil didenda RM1,000 di bawah Seksyen 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atas kegagalan mematuhi SOP Covid-19.

Terdahulu, satu video tular media sosial memaparkan beberapa penganut melanggar SOP dengan tidak memakai pelitup muka serta tidak menjaga penjarakan fizikal.

Sementara itu, Nadarajah memberitahu bahawa MKN kemungkinan akan mengadakan mesyuarat berhubung garis panduan menjelang perayaan Thaipusam hari ini.

Katanya, MKN sebelum ini telah pun mencadangkan garis panduan untuk perayaan Thaipusam.



“Pihak polis telah pun memberikan permit untuk perarakan kereta pedati.

“Namun, kebenaran ini tertakluk kepada beberapa syarat. Antaranya, hanya 1,000 orang sahaja dibenarkan menyertai perarakan ini. Yang ingin hadir perlu memohon kepada pihak kuil terlebih dahulu.

“Seribu orang ini akan diberi tag (tanda nama) khas. Sementara, kereta pedati hanya akan berhenti di 10 tempat sahaja. Para penganut dibenarkan melihat perarakan kereta pedati tetapi, tidak dibenarkan menyertainya,” katanya.

Nadarajah menambah bahawa bagi upacara junjung belanga susu (paal kudam) dan kavadi penganut perlu mendaftar terlebih dahulu dengan pihak kuil.



“Bermula 14 Jan hingga 19 Jan, kerajaan mencadangkan 200 kavadi sahaja.

“Sehingga sekarang 10,000 mendaftar untuk paal kudam dan hampir 5,000 untuk membawa kavadi.

“PIhak kuil akan memuktamadkan persiapan akhir,” katanya.

Kavadi dilarang masuk kuil Batu Caves hingga SOP dimuktamad




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker