Apple Watch Series 6, iPad Air baharu antara tumpuan pelancaran produk Apple bagi 2020

Share

KUALA LUMPUR: Cip pemprosesan yang lebih pantas, serta meter oksigen darah merupa antara ciri-ciri terbaharu dalam Apple Watch Series 6, yang dijangka bakal menjadi tumpuan dalam Majlis Pelancaran Produk Utama syarikat teknologi global, Apple Inc, untuk tahun ini.

Agensi berita Bloomberg melaporkan, siri terbaharu jam tangan pintar itu akan datang dengan saiz 40mm dan 44mm, dan Apple juga dikatakan akan memperkenalkan model baharu Apple Watch dengan harga yang lebih murah, khusus untuk menghadapi cabaran pesaing seperti Fitbit Inc.

Bagi tahun fiskal 2019, segmen itu telah mencatatkan keuntungan sebanyak AS$24.5 bilion (RM101.23 bilion), keuntungan dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.


Model baharu itu dikatakan menyerupai iPad Pro, tetapi butang ‘home’ sudah digantikan paparan skrin penuh. Ia juga dilaporkan akan menggunakan cip pemprosesan yang lebih perlahan, dan tidak akan dilengkapi dengan ciri-ciri seperti skrin ProMotion iPad Pro.

Ketika ini iPad Air dijual dengan harga AS$499 (RM2,061.87), jauh lebih murah berbanding harga iPad Pro iaitu AS$799 (RM3,301.47).

Tablet yang menyerupai iPad Pro, tetapi dengan harga yang jauh lebih rendah, dijangka bakal menjadikan iPad Air baharu itu antara produk Apple yang laris pada musim panas akan datang.


Pelancaran Apple Watch Series 6 dan iPad baharu itu akan seiring dengan pelancaran iOS 14, iPadOS14, dan watchOS 7, bulan ini.

Acara khas Apple itu dijadualkan berlangsung di Cupertino, California hari ini (jam 1 pagi, 16 September waktu Malaysia)-Awani

Leave a Reply