Mantan Presiden PKR mahu pengundi ‘longsut’ calon PKR di Tamparuli

Share

 

TUARAN – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak pengundi supaya ‘longsut’ (tumbangkan) calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Beliau berkata, rakyat harus memberi sokongan penuh kepada calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim yang turut mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di DUN Tamparuli itu.

“Saya baru saja tiba dari Kuala Lumpur dan dari lapangan terbang terus ke Sulaman dan datang ke Tamparuli sebab mesej dari ‘Abah’ (Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin) kita.


“Kita mesti sokong kuat Jahid dan calon DUN Sulaman, Datuk Hajiji Noor kerana mereka ‘original’ (asli) Sabah.

“Jadi pada 26 September ini, kita pastikan Warisan dan Mohd Shafie, kita ‘longsut’, tolak mereka. Insya-ALLAH kita akan membentuk kerajaan negeri yang baharu,” katanya ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya DUN Tamparuli di Bilik Gerakan PBS, Tamparuli di sini hari ini.

Azmin merakamkan gambar bersama penduduk Tamparuli ketika Majlis Ramah Mesra dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya DUN Tamparuli di Bilik Gerakan PBS, Tamparuli hari ini.


Beliau yang juga bekas Timbalan PKR juga mahu calon PKR di DUN Karambunai hilang deposit.

“Saya mahu lihat PKR (calon) hilang deposit di Tamparuli. Jangan lagi sokong parti yang rosak ini.

“Kita sudah ada calon (Jahid) yang cukup tenang, memang layak jadi menteri bukan saja di peringkat negeri, kalau beliau bertanding di Parlimen, mungkin juga boleh jadi menteri Persekutuan juga,” katanya.


Terdahulu, Azmin melancarkan jentera pilihan raya di DUN Tamparuli yang turut dihadiri calon PBS bagi DUN Tamparuli, Jahid dan calon DUN Sulaman, Hajiji yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah.

SH

One thought on “Mantan Presiden PKR mahu pengundi ‘longsut’ calon PKR di Tamparuli

  • September 16, 2020 at 05:04
    Permalink

    Inilah si Kitol Azmin, mengajak rakyat Sabah tumbangkan PKR, cermin muka diri sendiri, siapakah kamu dimata rakyat, hidup Sabah hidup Warisan….

    Reply

Leave a Reply