PKPD pentadbiran di Aman Jaya disambung 2 minggu lagi

Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di zon Kenanga dan zon Mawar di Aman Jaya, Kedah akan tamat tengah malam ini.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD secara pentadbiran bagi zon Melor akan disambung mulai esok hingga 27 Sept ini.

Katanya, keputusan menamatkan PKPD secara pentadbiran itu diambil selepas saringan ke-2 pada 9 Sept lalu menunjukkan tiada lagi kes positif Covid-19 di zon Kenanga dan hanya satu kes positif di zon Mawar.

“Kes positif direkodkan di zon Mawar telah pun dimasukkan ke pusat kuarantin yang ditetapkan. Bagaimanapun, PKPD secara pentadbiran bagi zon Melor akan disambung ekoran 12 kes positif Covid-19 pada saringan ke-2.



“PKPD secara pentadbiran di zon Melor akan melibatkan 609 rumah dengan anggaran 2,529 penduduk. Semua penduduk diminta memberi kerjasama dan patuh kepada arahan Kementerian Kesihatan dan polis sepanjang tempoh itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan pelaksanaan PKPD secara pentadbiran di zon Kenanga, zon Mawar dan zon Melor di Aman Jaya dari 28 Ogos sehingga hari ini. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker