Hannah Yeoh jumpa ‘kembar’ di Sabah, ayah selalu ke sana ke?

Share

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh bertemu dengan ‘kembarnya’ di Sabah.

Dalam hantaran media sosialnya, pemimpin DAP itu memuatnaik gambar mereka bersama.

“Pagi ini saya hadir di gereja di Kota Kinabalu. Seorang wanita menghampiri saya dan saya seperti tidak percaya apa yang saya lihat.


“Ia seperti melihat kembar sendiri,” katanya.

Hannah memberitahu wanita itu yang rupa mereka seiras dan wanita mengakui ramai orang dijumpainya juga mengatakan perkara yang sama.- MalaysiaGazette

Nota : Nak tanya sikit, dulu ayah selalu ke Sabah ke?


Leave a Reply