Mahkamah tolak tangguh PRN Sabah

Share

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah untuk menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 sementara menunggu penyelesaian pertikaian antara “2 ketua menteri” Musa Aman dan Shafie Apdal.

Berikutan keputusan itu, hari penamaan calon dijadualkan esok dan pengundian pada 26 September ini akan diteruskan.

Sebelum ini Peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata, bekas ketua menteri Musa Aman tidak akan mendapat hasil proses pengadilannya jika Mahkamah Persekutuan menyatakan pemecatannya oleh Yang di-Pertua pada Mei 2018 sebagai tidak berperlembagaan.


Pilihan raya perlu ditangguhkan sehingga Mahkamah Persekutuan mendengar dan menolak rayuan Musa, katanya dalam penyerahannya di hadapan panel 3 hakim dipengerusikan Abdul Rahman Sebli hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Leave a Reply