Covid-19 : 182 kes baru hari ini

Kes baharu Covid-19 melonjak ke angka 182 hari ini dengan 167 kes dicatatkan di Sabah dan 14 di Kedah.

Jumlah kematian kekal 128 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 9 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 5 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Setakat ini, Malaysia merekodka 9,810 kes Covid-19 dengan 9,181 daripadanya sembuh.



Ketika ini, 501 pesakit Covid-19 dirawat di seluruh negara.

Beliau berkata, daripada jumlah itu 181 adalah penularan tempatan dan 1 kes import.

Daripada 181 kes tempatan 90 daripadanta warganegara dan 91 bukan warganegara.

Jumlah discaj baru: 14
Jumlah kumulatif discaj: 9181 (93.59%)



Jumlah kes baru; 182
Jumlah kumulatif: 9810
Jumlah kes aktif: 501

Kes tempatan: 181 (90WN, 91BWN)
Kes import: 1 (BWN)

Jumlah kematian: 0
Jumlah kumulatif kematian: 128 (1.30%)

Jumlah kes di ICU: 9
Pesakit intubated: 5



Sebahagian besar kes melibatkan Kluster Benteng di Sabah (167) dan Kluster Sungai serta Telaga di Kedah (14). Tiada kematian baharu dilaporkan.

Kluster Benteng LD, Sabah (jumlah saringan 2,837):



Tawau (2,067 disaring):

250 kes dikesan positif COVID-19 (167 kes baharu);

625 individu negatif; dan

1,192 individu masih menunggu keputusan.



Lahad Datu (770 disaring):

87 kes dikesan positif COVID-19;

291 individu negatif; dan

392 individu masih menunggu keputusan.



Ingin dimaklumkan bahawa daripada 167 kes baharu, 76 kes adalah warganegara di mana 70 kes adalah banduan penjara dan enam (6) kes adalah melibatkan orang awam yang dikesan melalui saringan kontak rapat. Manakala baki 91 kes lagi pula adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

Filipina (61 kes);  dan

Indonesia (30 kes).

2. Kluster Sungai (jumlah saringan 2,170):

Kedah (2,037 disaring):

50 kes dikesan positif COVID-19 ( 11 kes baharu);

1,408 individu negatif; dan

579 individu masih menunggu keputusan.

Pulau Pinang – Kesemua 122 saringan adalah negatif.

Perlis (11 disaring):

Satu (1) kes dikesan positif COVID-19;

Enam (6) individu negatif; dan

Empat (4) individu masih menunggu keputusan.

3. Kluster Telaga (jumlah saringan 4,766):

a)    Kedah (4,718 disaring):

16 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);

4,610 individu negatif; dan

92 individu masih menunggu keputusan.

Pulau Pinang – kesemua 48 saringan adalah negatif.

Situasi semasa kluster-kluster dan kawasan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) secara pentadbiran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Setakat ini, pelaksanaannya berjalan lancar dan kerjasama masyarakat setempat adalah amat baik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker