Rindu “Posting” Datuk Seri Najib Di Media Sosial

Oleh Tun Teja,

RAKYAT Malaysia mula rindu kepada “posting” Datuk Seri Najib di “Facebook” dan “Twitter”. Beliau seorang pemimpin yang luarbiasa dan sangat baik hati terhadap rakyat. Namun kebaikan hati dan keluhuran sikap beliau yang tidak mampu bertindak kejam dan zalim kepada musuh dikatakan antara penyebab beliau menjadi mangsa penganiayaan politik sehingga dinafikan perbicaraan yang adil.

Sebagaimana yang kita tahu, tidak ada siapa yang mampu menandingi FB Datuk Seri Najib dari segi fakta, menjawab pembangkang dan mempertahankan parti. Integriti yang beliau pamerkan meletakkan Najib sebagai Cybertrooper terbaik.



Hujah beliau yang bernas dan bijak mengakibatkan pembangkang menjadi bengong, bengang dan bengap. Najib mampu menjawab tohmahan pembangkang dengan pantas.

Realitinya kini pembangkang bersorak apabila Najib dipenjara kerana dinafikan perbicaraan yang adil. Hantaran di FB Najib bukti beliau sangat istiqomah, konsisten dan berintegriti. Posting beliau menjadi rujukan untuk mereka yang mencari fakta dan kebenaran.

Kini beliau dipenjarakan setelah dinafikan perbicaraan yang adil. Datuk Najib tidak pernah minta kes beliau digugurkan. Beliau cuma mahukan perbicaraan yang adil. Itu pun beliau tidak dapat.

Ketika Tommy Thomas menjadi Peguam Negara kerajaan Pakatan Harapan (PH), beliau dikatakan telah bertindak menggugurkan pertuduhan kes mahkamah 15 pemimpin PH sepanjang 22 bulan pentadbiran mereka.



Datuk Seri Najib menjadi mangsa pendakwaan terpilih dan dinafikan perbicaraan yang adil. Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ketika memberi keterangan dalam perbicaraan rasuahnya di Mahkamah Tinggi, pada 29 Ogos, bertegas PH yang menjadi kerajaan selepas pilihan raya umum (PRU-14) 2018, melakukan pendakwaan terpilih melalui Tommy.

Zahid ketika memberi keterangan dalam perbicaraan rasuahnya di Mahkamah Tinggi, berkata bekas perdana menteri Najib Razak, Bendahari Agung Umno Tengku Adnan Mansor, ketua penerangan Umno ketika itu, Ahmad Maslan dan 18 pemimpin lain parti itu didakwa di mahkamah.

Ironinya, Tommy Thomas menggugurkan kes 15 pemimpin PH begitu sahaja termasuk Ahli Parlimen Sungai Buloh Sivarasa Rasiah; Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim dan Naib Presiden PKR ketika itu, Rafizi Ramli.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker